Showing posts with label AKU. Show all posts
Showing posts with label AKU. Show all posts

Friday, September 11, 2009

Finally, i got a JOB


Alhamdulillah..tu je yg mampu aku katakan..2 minggu lepas aku baru je pegi interview keje kat temapt aku belajar ni..semalam aku dapat surat tawaran bekerja..meleleh air mata kegembiraan..bersyukur sangat..macam tak percaya je..

Aku tak pernah pegi interview kerja..masa tu la 1st time aku pergi dgn niat nak cari pengalaman interview..dapat or tak belakang cerita..masa interview tu aku jumpa ramai kawan lama..dila dan najwa..ada jugak kawan2 aku yang lain..aku rasa performance aku masa interview tu taklah bagus mana..dahla yang 1 group dgn aku tu semua orang dah bekerjaya..engineer la, executive la, tutor la..tapi aku hanya sebagai pelajar tahun akhir dan pengalaman kerja pon sebagai guru ganti je..tak sangka rezeki tuhan bagi pada aku sangat murah..bersyukur sangat..aku dapat jugak kerja tu..kita kena percaya pada rezeki yang tuhan beri pada kita..kalau ada rezeki tak ke mana..betul tak??

Tapi..sekarang ni aku tengah kompius..byk jugak benda aku musykil sekarang ni..pertama, aku masih belajar dan lagi 8 minggu aku nak abis belajar..aku tak tahu sama ada dorang bagi aku peluang untuk abiskan atau aku kena tangguh belajar..rugi je kan..aku harap pihak UTM dpt consider bagi aku peluang abiskan belajar..sekejap je pon..yang kedua, kena pilih nak pencen ke KWSP..mak aku dpt pencen ayah aku plak keje kat KWSP..aku kompius..dua-dua bagus..kusut betol otak ni nak pikir..

Hurmm..dengan ini, aku nak ucapkan terima kasih kepada keluarga tersayang, kekasih hati tersayang, kawan2 terbaik (anim, ayan, akak, ila, imah, naj, nisa, bilo, zana, bell, dila, iqin, imah kid, zai, smak dan ramai lagi), kawan-kawan lain, semua la yang sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaan aku selama ni..ceh mcm mng award plak..hahaha..tahniah kepada Najwa sebab dier pon dapat jugak keje kat tempat sama dengan aku..nnti aku pegi keje tumpang ko k..aku takde lesen lagi r naj..huhuhu..sekian, balada 21 ramadhan hari ini..Selamat Berpuasa!

Monday, August 31, 2009

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!



"Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"


p/s:ada bonus tak tahun ni??

Saturday, August 29, 2009

baru seminggu puasa tapi lagu raya dah berkemundang seminngu sebelum puasa..ape kes??


Masuk hari ni dah 8 hari umat islam berpuasa..yang aku heran..baru je seminggu satu hari puasa..semua orang sibuk nak pasang lagu raya..heran bin ajaib betul la..

Semalam aku dengan kekasih hati pergi dating kat pasar borong kat JB ni..mak datok bukan main meriah lagi orang sana pasang lagu raya..mungkin kat sana banyak bazaar kedai-kedai yang jual baju-baju raya..jadi untuk menaikkan mood hari raya tu mereka pasanglah lagu raya..kat jusco pun sama..belum lagi pengumuman esok nak puasa, dah berkemundang lagu "Selamat Hari Raya, hari untuk kita bersuka ria,...." maka selamat lah duit korang semua raya ni..hahaha..

Tapi, pada aku..menjelang 31 Ogos ni, aku rasa sepatutnya mereka semua ni kena pasang lagu berunsur patriotik bersemangat sikit nak menyambut hari kemerdekaan yang ke 52 tahun ni..pasanglah lagu "Tanggal tiga puluh satu bulan lapan lima puluh tujuh....."..betul tak? aku bersyukur tanggal 31 ogos ni jatuh pada bulan ramadhan..jadi bulan ramadhan ni kan bulan yang baik..ramai umat islam beribadah kepada ALLAH, berdoa, mohon pengampunan..kan?Semoga negara kita Malaysia ni akan sentiasa aman dan makmur hendaknya..aminnn..

Jadi, kepada semua pemilik kompleks beli-belah, aku sarankan agar dorang ni semua pasanglah lagu sambutan kemerdekaan..tak lama pon lagi beberapa hari je..lepas 31 ogos korang pasanglah lagu raya semula..sampailah sebulan raya..dekat dua bulan korang leh pasang lagu-lagu raya tau..


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan
yang ke-52
Malaysia!!!




p/s: korang tahu tak tema tahun ni ape?


Friday, August 28, 2009

Wednesday, August 5, 2009

Hujung minggu yang lalu..Selamat Pengantin Baru..


Minggu lepas adalah minggu yang paling memenatkan sekali..bermula hari jumaat malam seperti biasa la aku berniaga bersama kekasih hati..hari jumaat tu aku sangat sedey sebabnye loan tak masuk lagi..dah sebulan lebih tapi duit takde lagi..sampai la hari ini..5 Ogos 2009..mmg malam tu aku takde mood..

Keesokan harinya aku sangat sibuk dengan tesis aku..pergi kutip questionnaire and settlekan semua kerja dengan sepantas kilat pada tahap kelajuan cahaya paling pantas sekali di abad ini sebelum jam 4 ptg sebab spupu kekasih hati nak nikah..malam tu pulak berlaku insiden yang tak sedap mata memandang kat bazaar tempat aku berniaga tu..ade pulak orang bergaduh memekik, memaki..aduhai..sale pada malam tu pon biasa aje..cukuplah buat duit makan minggu ni..

Then,

Hari ahad ialah wedding day..sibuk jugak aku..macam spupu aku plak yang kahwin..mcm tak menang tangan..padahal keje bagi gula2 je..hahahaha..aku juga mengambil kesempatan berkenalan dengan sedara mara kekasih hati tu pon mak dier yang kenalkan..huhuhu..malu i..setelah penat seharian di majlis malam tu kitorang turut berniaga dan hasilnya malam tu aku tak sedap badan dan esoknya i demam ok tapi bukan H1N1 tau..no no no..jadi tak perlulah korang pakai penutup mulut masa jumpe aku ok..

So,

Lihatlah foto-foto di bawah ini untuk tatapan peminat semua..hahaha..


notakakiayam~jangan tanya bila aku nak kahwin..sekian..

Tuesday, May 26, 2009

oh LINA. dah pulang INDON ke belum?

Kerinduan pada zaman sekolah 6 tahun lepas

WHAT???

6 tahun

muda lagi kan


aku, zana, lina, bilo, bell dan adik bell

Date: 9 May 2009

lepas 6 thn baru dis year kitorang dpt jumpa kwn2 lama. walaupun lina sorang tp kira ok la kan. lina yang paling tinggi sekali tu. dier belajar kat indon amik medic lagi 2 tahun baru abis. ms ni kebetulan dier cuti sem and balik malaysia. so kitorang hang out la. xde wat pape xtvt yang menarik pon. tapi seronok r bercerita zaman sekolah dulu dari cikgu BM sampailah cikgu AGAMA. memang rindu sgt zaman sekolah. kan best klu arwah wani masih ada. huh. untuk bilo aku sgt suka cerita ko. yang part ustazah tu. hahaha. guling2 aku gelak. klu ade kesempatan masa kita hang out lg k kawan2. dis time kita ajak sume dak 4 and 5 PD 1 batch 02/03.
rindu korang semua!

p/s: awe ko kahwin sikit tak ingat nak ajak member eh. yang lain nak kahwin tu jgn lupa jemput tau.

Friday, May 15, 2009

assalamualaikum CIKGU!!

Semalam hari pertama aku memulakan kerjaya sambilan aku sebagai guru di sekolah rendah..ni kali kedua aku jadi cikgu..mula2 sekolah yang aku mengajar dekat sikit dengan umah aku..sekarang ni jauh sikit tapi satu sekolah dengan adik aku..tapi dis time two weeks je aku mengajar sebab guru yang aku ganti tu ade kursus dekat mersing..

HARI PERTAMA
Memang aku banyak mengucap dan bersabar dengan karenah budak-budak ni..dahla semuanya budak lelaki..tak de maknanye aku nak berlembut baru masuk 1st day aku dan mcm singa betina..ceh bajet garang sangat la tu..sangatla bising budak2 ni..suruh belajar bley plak dier lari2 dalam kelas..so, dengan kepakaran aku yang bijaksana ini aku nak suh dorang senyap aku suh dorang baca surah-surah yang ada dalam buku sampai abis..mula-mula baca ramai2 pastu sorang2 sampai abis masa..hehehe..

HARI KEDUA
Rasa macam nak nangis je..lagi teruk dari semalam..nakal-nakal budak sekolah ni..aku kat depan bley pulak dier gaduh, berlari-lari dalam kelas mencarut la..fyi, budak-budak yang aku mengajar hanya darjah 1,2 dan 3..terer kan budak sekarang baru 8tahun dah pandai macam2..sakitnya hati saya!!

SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN

Friday, May 1, 2009

Happy Labor Day

1 Mei..hari yang paling menggembirakan bagi pekerja-pekerja di seluruh dunia..dengan itu aku nak mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada mak dan ayah di kampung (gaji bulan ni kakak nak buat loan nak amik lesen tak sabar mahu mengendong kelisa di rumah), lecturer yang banyak mengajar aku tak lupa juga kepada lecturer yang paling best pernah aku jumpa Dr Honey..lecturer paling sempoi di abad ini..sangat happening..kepada makcik dan pakcik cafe..air neslo ais tadi sangat sedap..bos lama tempat aku keje dari zaman sekolah lepasan SPM kat GSC, kantin sekolah, kilang Flextronics, JCORP, dan sekolah tempat aku mengajar dulu..sangat gembira pada waktu-waktu itu..sekian terima kasih..itu saja ucapan saya pada hari ini..(sila tepuk tangan)..

Wednesday, April 29, 2009

mari kita mulakan hidup BARU

dalam kesibukan pelajar-pelajar UTM menelaah sebab final exam dan sepatutnya aku di meja belajar dan belajar. tapi aku di meja belajar sibuk main internet. takpelah sekurang-kurangnya aku di meja belajar. 

justeru itu, ayuh kawan-kawan kita mulakan hidup baru.

oh ye.

sekadar untuk pengumuman. korang tahu kan aku ade blogshop. ala yang The Good Old Things tu. so, nak inform la ni. kitorang akan buat pecahan (okay dah macam matematik). sebab aku rasa macam serabut plak blogshop kitorang. biasalah kitorang pon wat perniagaan perkongsian. klu dah nama perkongsian kenalah berkongsi kesemuanya. setelah mengadakan mesyuarat agung tahunan kali pertama (2 orang je pon pekerjanya), kitorang telah buat keputusan untuk tubuhkan blogshop yang lain khas untuk kaum-kaum hawa. so, yang kaum-kaum adam bolehlah terus melayari blogshop The Good Old Things tu. ini menunjukkan bahawa berlakunya satu anjakan paradigma untuk kami. Tahniah kami!! (sila tepuk tangan). Sekian terima kasih. 

So,

Kaum-kaum hawa sekalian. silalah klik di sini untuk tahu ape yang ade kat blogshop baru ni. dan jangan lupa untuk menjadi pengikut. terima kasih kepada cik hanim dan encik endy kerana menyokong kami. korang yang lain ape tunggu lagi. ok.

Selamat membeli-belah.



Tuesday, April 28, 2009

berehat sebentar bersama-sama KIT KAT

saya

PENAT

saya

LETIH

sebab

tolong kekasih hati pindah rumah

justeru itu,

saya

mahu

BEREHAT

sepuas-puasnya

Sunday, April 26, 2009

SEJUK tak??



Akhirnya, lepas satu beban..aku baru je selesai exam..minggu depan ade lagi satu paper..paper last..aku malas nak bebel panjang..mahu rehat dengan tenang sambil tengok video yang 'Baik Punya' seperti tagline Dafi..hohoho..

So.

Enjoy this video guys.



Sehingga berjumpa lagi di lain entri.

Selamat Malam.

Saturday, April 25, 2009

Korang rasa TOMOK leh jadi juara OIAM tak?

Entri kali ni takde pon kaitan dengan tajuk kat atas tu..cuma nak kongsi cerita je..semalam aku, hanim, ayan dan lilis pergi jumpa kawan lama kitorang Aca dekat restoran Alif kat Taman U ni..lama tak jumpa aca..dah nak kahwin pon kawan aku sorang ni..oh ye tahun 2009 ni ramai betol kawan-kawan aku yang nak kahwin..Aca, rumet aku, lilis pon dah nak kahwin..pastu kawan aku masa PLKN, ili pon dah nak kahwin jugak..TAHNIAH ye korang..semoga segala erancangan berjalan dengan lancar dalam meniti hari-hari bahagia..


Bile cerita bab kahwin ni mesti orang ingat aku dah menggatal sangat nak kahwin..takde maknanye kak jah oi..belajar pon tak abis lagi..nak cari kerja tetap lagi..ingat kahwin senang-senang nak buat loan ke pastu kahwin..tak kak jah..macam2 benda kena pikir..

Huh..

Aku pon lambat lagi nak berlangsung..walaupun kekasih hati hampir mencecah angka 3 dihadapan (tapi lagi 2 tahun la) tapi takla aku kahwin dalam masa yang terdekat ni..relaks r..muda lagi..bak kata mak aku enjoy dulu..masa muda remaja ni..kumpul duit dulu dah stabil baru la pikir nak kahwin ke tak..lagi la aku ni anak sulung dan la tu sorang je pompuan..nak kena senangkan family aku, tolong mak dengan ayah, adik-adik aku..dah la sumernye lelaki..kalau ringan tulang takpela jugak..nak mintak tolong pergi kedai pon nak mintak upah..ape ingat mama dengan baba tu cop duit ke?


Haish..

Lagipun zaman moden ni, umur bukan pengukur seseorang tu kena kahwin..bujang terlajak la andalusia la (singkatan bagi anak dara lanjut usia okay)..tidak ye kawan-kawan..kalau dah jodoh korang cepat kahwin la..kalau lambat pon tak payah susah hati okay..Tuhan tu maha adil DIA dah tetapkan jodoh korang..tapi kalau dah jodoh tak payah la jual mahal pulak..takut nanti kalau jual mahal orang dah malas plak nak layan..tapi janganlah sampai menyakitkan or melukakan hati orang lain..buatnye kena mandrem dah susah..zaman sekarang ni macam-macam leh jadi..jagalah diri korang baik-baik..kalau kita pon tak pandai jaga diri macam mana nak jaga anak orang..betul tak?


Ok sehingga berjumpa lagi di lain entri..



Aku nak sambung study..esok exam..huhuhu..

Friday, April 24, 2009

korang pernah tak rasa seronok tahap gaban..SYUKUR..

Hari ini 24 April 2009, merupakan hari paling seronok sekali bagi aku..setelah hampir 3 minggu menunggu keputusan pon dah keluar..hehehe..bukan ape pon..keputusan biasiswa Program Pembiayaan Pengajian Ijazah Lanjutan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua (Bajet Mini 2009) dah kuar..berdebar-debar je saat menunggu keputusan tu..hehehe..Mula-mula tu bff aku masuk bilik suruh check la keputusan PPPI tu (short form utk program pembiayaan tu sebab nama dier panjang sangat aku tak larat nak taip)..dengan perasaan seronok yang hampir pupus aku pon check la..ok aku taip no I/C aku..jeng..jeng..jeng..


After few seconds menunggu..huh..inilah hasilnya..TADAAA


Hohoho..seronoknya dunia aku..melonjak-lonjak keriangan..menggigil-gigil aku..sampai sekarang menggigil lagi..walaupun tak dapat seplo riban pon takpela..asalkan dier bayarkan yuran aku..lepas satu beban..ALHAMDULILLAH..tu je la perkataan yang aku sebut dari tadi..bersyukur sangat..dengan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia..tak sia-sia aku belajar penat-penat dengar cakap mak ayah..terima kasih tummitrim..hehehe..


ALHAMDULILLAH

Thursday, April 23, 2009

tinggal 2 HARI lagi

.huh.
.setelah 4 hari.
.baru hari ni aku terasa sakit.
.sakit pinggang.
.sakit kaki.
.sakit otot.
.sengal badan.
.tapi.
.aku kena kuat.
.tinggal 2 HARI lagi.
.final exam.
.paper pertama.
.jom mengadap.
.ayuh berhibernasi.
.huh.


notakakiayam: tak baik mengeluh..sabar je la..selamat malam..

Wednesday, April 22, 2009

kepada semua insan yang bergelar PELAJAR..dengar sini semua!!!

Final Exam??
Project??
Thesis?
PSM?
mesti korang tengah busy mengadap buku dan notes kan?
So,aku nak amik kesempatan untuk wish
GOOD LUCK kepada semua insan yang bergelar PELAJAR..
aku pon belum start study lagi ni..asik dok mengadap laptop hapdet blg and main pet society..hehehe..nota semua standby tepi je..tengok je la..ish..ish..ish..ape mau jadi daa?..takpe esok aku akan mulakan hari dengan membuat peta-peta minda yang menarik dan cantik dan tertarik..

Sem 2 ni aku hanya amik 2 exam je..1st paper aku dis Sunday, 26 April..pagi okay pukul 9pagi..hari ahad kan hari berehat kenapa la dorang nak buat exam time tu jugak..last paper on 2 May, Saturday..pon hujung minggu jugak..aku akan berusaha jugak sem ni..walaupun agak dah patah semangat sebab tak sabar nak kerja and kahwin..maklumlah kekasih hati hampir berumur..jangan marah ye..hehehe..
So, doakan aku berjaya dalam mengejar impian dan cita-cita aku..

..GOOD LUCK FRIENDS..

Tuesday, April 21, 2009

Perempuan Simpanan dan Kacip Fatimah


..Perempuan Simpanan dan Kacip Fatimah..

huhuhu..aku mau kedua-duanya..tapi apakan daya..duit kat akaun aku tidak mencukupi untuk beli buku ni..cukup la tapi aku nak guna duit tu buat bayar bil telefon..kalau tak nanti kena blocked..hehehe..mungkin aku akan meroyan tahap gaban sebab masih tidak dapat memiliki buku ni..oh Pipi dan Sindiket Souljah yang lain..harap-harap ada la rezeki aku..
janganlah sold out dulu ye..

Wednesday, April 15, 2009

16042009


16042009
..Hye peeps..
..Hari khamis ni aku ada presentation proposal thesis..
..Aku akan dinilai oleh dua orang yang pensyarah..
..Dr Norhani and Dr Salmiah..
..Doakan kejayaan aku, OK..

Thursday, April 9, 2009

.hari melawat dan merawat.

Semalam aku demam..hari ini aku mengambil keputusan untuk berjumpa doktor..dengan ditemani miss H..thanks beb teman aku..dah lama aku tak melawat pusat kesihatan ni..rindu kat misi and doktor yang ade..huhuhu..pusat kesihatan UTM ni takdelah jauh mana pon dari fakulti aku..tapi nak menunggu bas mcm haram..agak lama jugak lah menunggu bas..nasib baik aku tak berapa nak sihat..dah give up jugak lah..tapi gagahkan diri jugak..

Akhirnya sampai jugak aku kat Pusat Kesihatan UTM..
mengikut prosedur kenalah daftar dulu ambil no..tadaa orang yang ke-136..skrin menunjukkan sekarang giliran pesakit yang ke-117 kot..

selesai sesi rawatan bersama doktor Omar..aku pon pergi ke farmasi untuk mendapatkan ubat-ubatan..ada 5 jenis ubat aku kena makan..
  • ubat batuk,
  • panadol,
  • ponstan,
  • ubat selsema dan
  • antibiotik
    ..kena telan dan minum..huhuhu..takpelah nak sembuh punya pasal..
kepada kawan-kawan..jagalah kesihatan anda baik-baik..dan semoga aku cepat sembuh..

Wednesday, April 8, 2009

.I am not feeling well.



hari ni aku DEMAM
tak berapa nak sihat
sakit tekak
selsema
pening kepala
miss H pegi dating dengan Mr. S
miss L and miss A pergi kenduri doa selamat
tinggal aku keseorangan duduk dalam bilik
huhuhu

Tuesday, April 7, 2009

Blueberry Cheese Tart..kegemaran..

..Yumm..yummy..
..sedap gile dis cheese tart..
..this is my favourite..
..semalam mak kekasih hati bagi cheese tart ni..
..sangatlah sedap..
..i hope 1 day i can learn how to make dis blueberry cheese tart..
..yela kn boleh save sket duit tak payah nak upah-upah orang lagi..
..tapi disebabkan keadaan yang sangat sibuk dan tidak mengizinkan tak dapatlah nak belajar buat masa yang terdekat ni..
..maklumlah duduk hostel takkan nak bawak oven plak masuk bilik kan..
..tunggu cuti sem nanti la..
..orait itu saja untuk entri kali ni..
..sehingga berjumpa di lain entri ok..