Showing posts with label CERITA SAYA. Show all posts
Showing posts with label CERITA SAYA. Show all posts

Thursday, January 19, 2012

Have you had your shake today??



Semalam aku pergi Herbalife Mega HOM kat Ponderosa Golf Club, JB..So apa aku dapat bile pergi HOM ni..aku dapat ilmu..ilmu yang akan aku guna bagi merubah impian dan masa depan aku dan keluarga tersayang..

Speaker jemputan ialah Puan Amalina Peter, 23 dan Encik Abqari Hamid, 24 masih belajar dan mempunyai seorang anak yang berusia 7 bulan tetapi sangat semangat ye..kenapa aku sangat kagum dengan pasangan ini??

1. masih muda
2. masih belajar
3. kahwin muda
4. anak yg comel sangat
5. masih belajar dah pakai Honda City dan Swift

Dari kiri Ira, Amalina and baby, Intan dan Ika

Best kan? kita kerja membanting tulang 8 pagi sampai 5 petang belum tentu dapat mcm apa yg mereka dah capai..Setiap perempuan impikan keluarga bahagia dan senang..tapi tanpa usaha semua tu kita tak dapat capai..kecuali kita kahwin dengan anak dato' atau tan sri..tapi daripada 10 mestilah seorang je yg bertuah..

Malam tu jugak aku jumpa Momoi, sepupuku dan buat keputusan drastik yang aku nak jadi Supervisor dalam tempoh terdekat ni..InsyaALLAH..aku punya impian yang besar..aku mahu semua ahli keluarga aku sihat..aku nak bantu mama dan baba..aku nak beri kesenangan dan kebahagiaan pada keluarga aku..Mari kita mulakan dengan keluarga tersayang..

Ya Allah, jika benar ini jalan yang ku pilih, kau permudahkanlah setiap urusanku..

Wednesday, January 4, 2012

Sunday, January 1, 2012

Happy New Year 2012


SELAMAT TAHUN BARU 2012!!!

Tahun lepas, sangat sibuk untuk menulis..2012 saya akan cuba cari masa menulis..so, apa perancangan saya untuk tahun ni..sungguh banyak untuk dikongsi..

Sibuk untuk menguruskan segala hal untuk bulan 5 nanti..stress..yes..sgt tertekan..too many things to do and think..arghhh..hanya mampu berdoa semuanya berjalan dengan lancar..kata orang rezeki orang nak berkahwin ni lain..InsyaALLAH..

For the start, jom layan lagu ni..untuk hilangkan stress tu..




xoxo


Saturday, December 11, 2010

Take A Stand vs Narnia 3



Dah lama rasanya aku tak pergi gig..semalam folo kekasih hati dia nak pergi tgk gig kat embrace hall..Rm 10 je..ramai jugak yang datang..4 band yang main iaitu Dead Pits, HC band from Jakarta Indonesia, Inflict, old school HC from Kota Tinggi, dan 2 band aku pun tak pernah tengok dorang perform Crxssline and Through our Lungs..semua band HC mcm kelakar je aku layan HC tapi layan kan je..best jugak..bring back the old days..

Lepas layan gig, kitorang terus g CS tgk wayang layan cite ini..Tadaaa..


The Chronicles of Narnia 3: The Voyage of The Dawn Treader..BEST!!..full of magical and spells..tapi Susan and Peter takde lagi mungkin sebab dorang dah besar kot..yang best ade watak baru cousin kepada Lucy and Edmund nama dia Eustace..sgt annoying budak ni..tapi tak sangka pulak watak dia besar dalam cite ni bley jadi naga..so, aku rekemen la korang tgk cite ni..

Enjoy!!

Wednesday, December 1, 2010

Disember

Salam Semua,

Sudah sekian lama aku tak hapdet blog..Nah amik kau..

Cite pasal bulan Disember..bulan yang penuh dengan aktiviti bagi aku tahun ni..daripada aktiviti kerja sehinggalah keluarga..untuk diri sendiri??hurmm..

3 hb - sepupu aku Ayun (Khairunnisa Khairuddin) bertunang.. Selamat Bertunang Ayun dan Omar!

4hb - Majlis perkahwinan room mate ku semasa aku sama2 belajar kat UTM dulu..Noor Zahidah atau kitorang panggil akak je dengan classmate aku Fizi..Tahniah kak..Selamat Pengantin Baru!

5hb - Bercuti ke Tropical Village bersama kekasih hati dan adik tersayang..lepas tu pegi wedding kawan kekasih hati kat kluang..lepas wedding pulak lepak kat KTM Kluang makan roti bakar dengan kopi ais..Masyuk!

7hb - AWAL MUHARAM..pegi piknik dengan kak suhara, faida, ira dan kak falis kat Hutan Bandar JB je..hehehe..

8hb - Happy Birthday buat sepupuku Noh dan Yana..

14hb - My Birthday..hehehe..

17hb - Birthday Abah kekasih hati..aku pulak ade keje kat PWTC buat marketing program sampai 19hb..

18hb - Birthday Mama..sedey sebab masa ni aku kat PWTC buat marketing

23hb - Birthday Baba..insyaallah aku dan adik2 akan celebrate birthday mama dan baba together..yeah1

25hb - Cuti krismas..plan pegi SKA Fest kat melaka..cambest kan..

31hb - Bye bye 2010

Busy tak..penuh rasanya semua weekend..aku berdoa agar impian aku sepanjang 2010 ni tercapai..kalau tak semua pun sikit jadilah..dan impian aku sejak 2008 mcm tak tercapai2 je rasanye..mcm ni??hampeh betol la ko ni..hahaha..


Monday, July 19, 2010

J U L A I vs J U L Y


Hello Julai!!

Macam-macam berlaku bulan julai ni..setiap minggu aku busy..kenduri la, orang kawen la pastu mcm2 event ade kat jb bulan ni..otak pun dah kering dah takde idea nak hias blog aku ni dengan cerita menarik..so, aku decide untuk cerita tentang apa yang berlaku sepanjang bulan julai ni..ok tak?


Minggu pertama Julai

1 July - Sibuk dengan pendaftaran pelajar PG baru..sebagai ahli Bakesis, kitorang organize satu event iaitu Explore-Walk-Run, unfortunately hujan turun dengan lebat so kitorang hanya campus tour by bus je.. :'(

3 Julai - Besday adik aku yang no 3..nama diberi Muhd. Shazwan bin Zukifli a.k.a BOB..dah mencecah 17 tahun..tahun ni amik SPM..nasib baik aku takde janji dier ape2 lagi.. ;-p


5 July - Gotong royong perdana UTM..semua orang kena pakai baju hijau..go green kononnya..sambutan seluruh kampus sangat memberangsangkan..semua orang bersemangat mengemas kawasan masing-masing..ada yang cabut rumput, mengecat, kutip sampah etc..ke arah kelestarian kampus..promote sket..



Minggu kedua July

8 - 11 Julai - Pendaftaran pelajar baru lagi kat KL..seronok sebab dapat jalan2..dah lama tak shopping kat KL..oh ye..malam minggu tu aku dan kekasih hati melawat I-City, Shah Alam..terpengaruh dengan blog cik nadiabayu..cantik sangat lampu2 kat situ..dahla orang ramai sangat..padahal tengok lampu je..tapi ini lampu bukan sebarang lampu tau..seni lampu namanya..nah pic2 aku dan kekasih hati di I-City..

siang
malam

14 July - Selamat Hari Jadi buat rakan baikku, Azila Aji..Semoga ceria dan gembira selalu ila!!!


16 Julai - GEGO JOHO di Bukit Timbalan..happening giler..dah lama tak pegi event macam ni..ala2 KL Urbanscapes gitu..ada junk sale, busking and open mic, bands, etc..more than 70 shops jual pre-loved item and also new items, DIY etc..malay, chinese and indian semua datang memeriahkan majlis..foreigner pun ada...bands pulak yang ada Dewata, Radio Antic, Redemption and Plague of Happiness..memang full of happiness la malam tu..


17 July - Kenduri di kg..seronok sebab time ni la dapat kumpul sedara mara..pastu semua kemaruk dah ada facebook suruh add..hehehe..


Minggu ketiga Julai..


Akan disambung entri akan datang ok!


Tuesday, June 8, 2010

Malam Minggu di Johor Bahru

Malam minggu yang lalu di JB memang best..aku dan kekasih dan pakcik dan makcik dan sepupu dan kawan pergi konsert Double Trouble Search vs Wings..Hebat!! barulah JB rock city!! Tiket tak mahal RM70 untuk konsert 9pm sampai 1am..puas hati tahap maksima..

teruja tak?


Kursus Induksi Siri 1/2010

Aku baru je selesai berkursus..biaselah kerja kerajaan ni kena pegi kursus induksi kalau tak nanti tak bley sah jawatan..banyak yang aku belajar daripada kursus ini..dah mcm2 pekeliling, perintah am, paling best sekali tajuk pasal kewangan, elaun dan cuti..hehehe..

Minggu pertama mcm boring sket dah la kena dtg before 7.30 am..biaselah masa tu mood masih di rumah dan otakfikir banyak gile keje kat opis kena buat..tapi bos aku pesan takpe amik peluang ni berehat and belajar kalau tak sampai bile2 aku pon tak tahu pasal peraturan..keje pun dah 6 bulan lebih tapi satu rules pun aku tak khatam lagi..hehehe..

Kursus Induksi ni lama 3 minggu dari 17 Mei hingga 4 Jun..nasib baik die buat office hour..so dari 7.30 am sampai 6. 30 pm..macam2 aktiviti kitorang buat..individual and group assignment, pertandingan sudut kreatif, presentation group, public speaking, banyakla..aku join group pengurusan dan profesional so dalam group aku kebanyakan tutor dan lecturer..tapi masa riadah ade jugak join dengan groups sokongan..

At the end of this courses, aku sangat berpuas hati sebab group kitorang bolot semua hadiah tempat pertama..daripada sudut kreatif, presenttation, best speaker for public speaking and mlm kebudayaaan..puas hati giler la..jangan sangka group kitorang ni skema eh padahal lagi sengal dari group sokongan..hahaha..


Tak kira la siapa kita, ade pangkat Prof, Dr, Pegawai atau staf biase tapi hakikatnya kita ni semua manusia biasa. . pangkat tu sementara je tapi kalau kita ni tinggi budi pekerti orang akan kenang sampai bile2..jangan sangka orang atasan jahat dan orang bawahan baik begitu juga sebaliknya..pokok pangkal pada diri kita juga..

Saturday, April 3, 2010

selepas enam bulan...


wah rindu rasanya dah lama tak berbelog..rs kekok menghantui diri..idea pun semakin tandus..

6 bulan aku menyepi..biasalah dah masuk alam pekerjaan ni..takde masa nak hapdet blog plus broadband pun kena pinjam tapi takpe..hasil titik peluh bekerja 6 bulan ni aku tambah lagi 1 broadband so lepas ni xde masalah lagi la nak berbelog.. :-)

macam2 benda berlaku sepanjang 6 bulan ni..nak cite panjang lebar plak..takpelah nnti aku hapdet gambar2 je la..

ok itu saje mukadimah untuk hari ni.

jumpa di lain entri.

adios.


Sunday, October 25, 2009

hujung minggu di JB


Hujung minggu lalu, aku pegi tengok teater kat RTM, JB..tajuk teater tu Srikandi Tanah Jauhar klu tak silap aku la..teater tu mengisahkan sekumpulan anak-anak muda negeri Johor yang mempertahankan negerinya daripada dijajah oleh Inggeris, Portugis dll..cite sejarah ye kawan2..dan juga teater muzikal..seni tarian dan nyanyian bersatu..teringat zaman muda dulu menari..



Dah lama aku tak tengok teater..seingat aku last time aku tgk masa sekolah dulu..dah lebih 6 tahun..aku tahu pon dari facebook member n JOHO group..ramai jugak yang tengok teater ni..penuh satu auditorium..my auntie and cousins pon ade..kawan2 yang pegi pon ramai..yus, farid, kusha, esah, wee, qayyum, ezzah, moq, fila, zack komplot, yaya, wandi, noreen, zul, zack, melau, jiboy..ade sesapa aku tak sebut nama sila bagithu ye..kekasih hati tak pegi dier sibuk mencari rezeki berniaga nak beli baju bundle..huhuhu..oh ye tok rimau dan anak buahnye pon ade join kami jugak..klu nak tahu upcoming events kat JB ni, joinlah group JOHO kat facebook..type JOHO then click search..korang bley join forum, discussions and give us some ideas about interesting places in Johor..sharing is caring..akhir kata nikmatilah gambar-gambar kami..thanks to ezzah..

JOHO members

me, ezzah and kak falisa

zack and tok rimau

jemput makan semua di ZZ

aktiviti kami berakhir di Bazaar JB kedai kami


Friday, October 23, 2009

i'm back on track


Sudah bersawang blog ni sebab dh lama tak hapdet..mungkin sebab terlalu sibuk bekerja dan juga belajar..alhamdulillah semuanya hampir selesai..sekarang ni aku tunggu nak final exam je..nak buat yang terbaik tapi mcm takde masa nak study je..hehehe..tawakal je la..

Setiap hari ade meeting..pastu makan..makin gemok la aku..jangan tegur aku klu aku dah gemok sbb nnti korang plak yg akan berjangkit..tapi takpe nasib baik dh ade JUS MATE..aku akan berusaha kumpul duit nak beli JUS MATE..agak2 bley turun berat badan jadi 40kg tak?


ok jom buat keje..

Friday, September 11, 2009

Finally, i got a JOB


Alhamdulillah..tu je yg mampu aku katakan..2 minggu lepas aku baru je pegi interview keje kat temapt aku belajar ni..semalam aku dapat surat tawaran bekerja..meleleh air mata kegembiraan..bersyukur sangat..macam tak percaya je..

Aku tak pernah pegi interview kerja..masa tu la 1st time aku pergi dgn niat nak cari pengalaman interview..dapat or tak belakang cerita..masa interview tu aku jumpa ramai kawan lama..dila dan najwa..ada jugak kawan2 aku yang lain..aku rasa performance aku masa interview tu taklah bagus mana..dahla yang 1 group dgn aku tu semua orang dah bekerjaya..engineer la, executive la, tutor la..tapi aku hanya sebagai pelajar tahun akhir dan pengalaman kerja pon sebagai guru ganti je..tak sangka rezeki tuhan bagi pada aku sangat murah..bersyukur sangat..aku dapat jugak kerja tu..kita kena percaya pada rezeki yang tuhan beri pada kita..kalau ada rezeki tak ke mana..betul tak??

Tapi..sekarang ni aku tengah kompius..byk jugak benda aku musykil sekarang ni..pertama, aku masih belajar dan lagi 8 minggu aku nak abis belajar..aku tak tahu sama ada dorang bagi aku peluang untuk abiskan atau aku kena tangguh belajar..rugi je kan..aku harap pihak UTM dpt consider bagi aku peluang abiskan belajar..sekejap je pon..yang kedua, kena pilih nak pencen ke KWSP..mak aku dpt pencen ayah aku plak keje kat KWSP..aku kompius..dua-dua bagus..kusut betol otak ni nak pikir..

Hurmm..dengan ini, aku nak ucapkan terima kasih kepada keluarga tersayang, kekasih hati tersayang, kawan2 terbaik (anim, ayan, akak, ila, imah, naj, nisa, bilo, zana, bell, dila, iqin, imah kid, zai, smak dan ramai lagi), kawan-kawan lain, semua la yang sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaan aku selama ni..ceh mcm mng award plak..hahaha..tahniah kepada Najwa sebab dier pon dapat jugak keje kat tempat sama dengan aku..nnti aku pegi keje tumpang ko k..aku takde lesen lagi r naj..huhuhu..sekian, balada 21 ramadhan hari ini..Selamat Berpuasa!

Thursday, August 27, 2009

Pertama kali interview kerja kerajaan


4 Ramadhan 1430



Sesi temuduga..

kerja ye bukan kahwin..

alhamdulillah semua berjalan dengan lancar..

takde plak yang kena sawan ke, pengsan ke, mulut berbuih ke..

hahaha..

Sekian, terima kasih

Monday, August 24, 2009

Haiwan juga ingin disayangi..

Sudah berabad saya tak hapdet blog ni..sawang pon dah tebal..bulan lapan pon dah nak habis..sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, saya nak kongsi dengan anda semua..

Saya dan kekasih hati sudah pon mempunyai haiwan peliharaan..kami pilih hamster..sangat gebu dan comel skali..kitorang bagi die nama JOJO..tapi hari-hari asik tukar nama je..tapi saya tetap dengan nama JOJO..jojo sangatlah aktif dan nakal seperti tuan die jugak..tak tidor malam dan tidor di waktu siang seperti tuan die jugak..hehehe..

Walau ape pon terjadi kami sangat sayang pada JOJO..mari tatap aksi jojo di rumahnya..

Cekidaut..



Salam Ramadhan
kepada seluruh umat Islam di serata dunia

Wednesday, August 5, 2009

Hujung minggu yang lalu..Selamat Pengantin Baru..


Minggu lepas adalah minggu yang paling memenatkan sekali..bermula hari jumaat malam seperti biasa la aku berniaga bersama kekasih hati..hari jumaat tu aku sangat sedey sebabnye loan tak masuk lagi..dah sebulan lebih tapi duit takde lagi..sampai la hari ini..5 Ogos 2009..mmg malam tu aku takde mood..

Keesokan harinya aku sangat sibuk dengan tesis aku..pergi kutip questionnaire and settlekan semua kerja dengan sepantas kilat pada tahap kelajuan cahaya paling pantas sekali di abad ini sebelum jam 4 ptg sebab spupu kekasih hati nak nikah..malam tu pulak berlaku insiden yang tak sedap mata memandang kat bazaar tempat aku berniaga tu..ade pulak orang bergaduh memekik, memaki..aduhai..sale pada malam tu pon biasa aje..cukuplah buat duit makan minggu ni..

Then,

Hari ahad ialah wedding day..sibuk jugak aku..macam spupu aku plak yang kahwin..mcm tak menang tangan..padahal keje bagi gula2 je..hahahaha..aku juga mengambil kesempatan berkenalan dengan sedara mara kekasih hati tu pon mak dier yang kenalkan..huhuhu..malu i..setelah penat seharian di majlis malam tu kitorang turut berniaga dan hasilnya malam tu aku tak sedap badan dan esoknya i demam ok tapi bukan H1N1 tau..no no no..jadi tak perlulah korang pakai penutup mulut masa jumpe aku ok..

So,

Lihatlah foto-foto di bawah ini untuk tatapan peminat semua..hahaha..


notakakiayam~jangan tanya bila aku nak kahwin..sekian..

Thursday, July 30, 2009

Saranghae!!



Hari ni aku puasa..puasa ganti..hehehe..pagi tadi kelas aku dibatalkan tapi aku tak terus balik..biasalah pelajar contoh 2009 (tolong jangan berangan eh intan!!)..aku setelkan beberapa kerja maklumlah dah buat part-time ni busy sket la..dalam pukul 10am keje aku setel..

Sampai je bilik aku terus tido..hahaha..sebab semalam aku tido lewat dan tak cukup tido kepala aku pon dah pening2 lalat..selamat tido intan..selepas 2jam aku beradu..aku ke bilik jiran..kelihatan mereka sedang khusyuk menonton drama korea..maka, untuk mengisi masa lapang, aku pon join sekaki tapi kena start dari episod 1 la..biasalah student, kebanyakan student pompuan memang suke tengok cite korea..daripada Winter Sonata sampai la Boys Over Flowers..pastu kemaruk lagu korea daripada Wonder Girls yang sangat hot sampai la Big Bang yang sangat kacak..oh TOP..oh ye sekarang ni Super Junior..

Ok sambung..



Start pukul 12.30 tghari sampai pukul 7 petang..aku menonton cerita ni..Spring Waltz..berhenti hanya untuk solat..huhuhu..lepas buka puasa aku sambung balik tonton cerita ni..sangat la best ok..heroin tu sangat comel..Eun Yong ah..aku baru je sampai episod 7..ade lagi 13 episod aku perlu kejar..ok, esok aku nak puasa lagi..sape nak join?? angkat tangan!!


notakaki~Sayang, Saranghae!!

Tuesday, July 28, 2009

Happy Birthday To You!!!!


+++++++++++++++++

YEEHAAAA


entri kali ini khas untuk ahli keluarga tersayang dan teman-teman yang menyambut birthday mereka bulan 7 ni


+++++++++++++++++

dan

calon-calonnya ialah...

+++++++++++++++++


3 Julai 1993

Siapakah ni?Skandal baru ke?oh tidak..jejaka ni ialah adik kesayangan aku yang no 3..nama dier Muhd Shazwan Bin Zulkifli, nama timangan ialah Bob the builder..ok takde kaitan sebab adik aku masih belajar lagi..oh ye thn ni bob menyambut ulang tahun yang ke-16..wah sweet 16 gitu..adik, dok umah tu jgn malas2..cubalah tolong mama dgn baba..ringan2 tulang sikit..kakak dok jauh ni..jaga keluarga kite elok2 tau..huhuhu..Happy Besday Bob!!


+++++++++++++++++


14 Julai 1986

Tadaa..hah inilah rumet baru saya merangkap kawan baik saya..nama dier Azila Bt Aji..aku kenal ila masa tahun 2004..masa tu kitorang sama2 PLKN..tak sangka pulak kat matrikulasi sampailah master ni kitorang masih bersama..harap persahabatan kami akan kekak sepanjang hayat..insyaallah..oh ye untuk menguatkan lagi ikatan persahabatan kami, aku telah pon membuat hubungan sulit dengan sedara mara dier..jejaka yang bertuah tu adalah kekasih hati aku sekarang ni..tapi masa aku kawan dgn kekasih hati tak tahu pon diorang ni sedara..Ila, hepibesdaytuyu yg ke-23..yeay!!!



+++++++++++++++++


22 Julai 1953

Hehehe..Malunya sayep..Inilah bakal mak mertua saya..insyaallah..auntie, Happy Birthday..sorry takde ape pon intan nak bagi..duit loan tak dapat lagi..anyway, auntie sangat baik hati, memang best dpt kenal rapat dengan auntie..saya sayang anak auntie!!!ok ni kalau mak mertua aku baca die reject aku plak..tolong jgn over acting ye intan..


+++++++++++++++++


25 Julai 1987

Hanimmmm!!!!
Happy Birthday beb..ye ini juga kawan baik aku merangkap kawan seperjuangan aku..Farhana Hanim Mohsin..tahun ni baru je 22 tahun tapi dh ade master pon..bijak kan??macam kawan dier jugak..hehehe..aku kenal dier dari aku 1st year kat UTM ni sampai la sekarang ni..ke mana aje dengan dier dan ayan..dah macam belangkas kitorang ni..beb, sorry la hadiah tu je yang mampu aku bagi..duit loan tak dapat lagi..nak postponed mcm tak best je..hehehe..aku harap ko bersabar dengan ape pon dugaan yang ALLAH berikan..nanti dah kaya jgn lupa aku tau..jemput datang masa aku tunang and nikah nanti tau!!!


+++++++++++++++++

and last but not least

+++++++++++++++++


26 Julai 2007

Budak comel ni nama dier Amni Insyirah..sedap kan nama dier..mak mertua aku oops bakal mak mertua aku ni dier jaga budak-budak..salah seorangnya ialah si kenit ni la..dier sangat bijak dan comel jugak dan gedik jugak..amni, Happy Birthday Amni syg, nanti kite jalan-jalan naik kereta dengan abg endy eh..comelnye amni ni!!



+++++++++++++++++

Sekian, Terima Kasih

+++++++++++++++++



Wednesday, July 22, 2009

saya dapat ANUGERAH




Anugerah Blog Baik Punya jatuh kepada

Miss Daimen

*clap*


OMG

saya bersyukur kepada tuhan. terima kasih kepada peminat-peminat yang mengundi saya selama ini. lepas ni saya akan belanja nes O ais sorang segelas. saya harap anda akan sentiasa sokong saya selama-lamanya.

*big clap*




ok cukup sekarang sila jawab tag jangan perasan la intan





Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini.

CIK HANIM

1. Dia kawan terbaik wok saya dari saya 1st year degree sampai master ni. sentiasa membanting tulang bersama-sama saya, dia dan yayan.

2. Dia sangat sukakan kucing. ibu kucing. menurut dia, dia ade enam ekor kucing di rumah. khaty, aj, ac, ad, ab dan jiji. (maaf kalo salah eja). Dia pon ade musang kat umah. kan hanim kan?

3. Dia sangat suka cite KOREA, Big Bang, Wonder Girls, sekarang ni dia obsesikan Super Junior. aku pon terpengaruh juga.sorry, sorry.

4. Pernah jadi teacher english. kami sama-sama cite pasal pengalaman jadi cikgu. seronok.

5. Dia yang mempengaruhi saya bermain Pet Society!!Gile hebat pengaruh ko okay.


CIK SHIBA

1. Dia classmate saya. pernah 1 group.

2. Dia kelakar dalam diam. ko loyar buruk sebenarnye shiba.

3. Dia dah ade iPhone. aku sangat jakun main iPhone ko dalam kelas.

4. Mata dia sepet. aku ingat ko dulu budak sabah bah.

5. Oh ye. dia baru balik dari sabah jumpa kekasih hati di sana. mana ole2 untuk aku. hehehe. best kn sabah?







Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya

1. Saya suka shopping bile ade duit yang banyak. tapi saya bukan shopaholic. agak-agak bile duit ptptn nak masuk ek?

2. Saya suka cempedak goreng. seperti yang dinyatakan dalam entri sebelum ini.

3. Saya suka berniaga. saya ada blogshop yang dikongsi bersama kekasih hati. kami juga berniaga bersama di Bazaar JB bersama seorang lagi teman.

4. Saya takde duit banyak. saya belajar lagi masih menagih simpati ayahanda dan bonda. takpela sem last je ni. kamon bebeh!!

5. Saya nak kurus. tapi tak rajin jogging. tapi saya tak kuat makan. rasa macam nak pergi mayfair ikut ila wat treatment juga. tapi saya tak mampu.

6. Saya suka kumpul kasut. macam-macam jenis kasut saya ada. daripada selipar jepun sehingga wedges. oh ye saya belum ade gladiator. baru-baru ni saya mempunyai sepasang kasut vintage POLO dengan harga RM5. AWESOME!!

7. Saya juga sukakan beg. macam-macam beg saya ada. untung pakcik yang berniaga beg belakang saya. sebab tiap-tiap minggu saya akan beli dengan beliau..kan pakcik kan?

8. Saya anak sulung daripada 4 adik beradik. saya sorang je gadis. anak kesayangan. jangan mimpi la intan!!

9. Saya suka no 8. orang cina cakap ini no kasi ong. harap-harap hidup saya sentiasa bertuah tetapi saya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

10.Saya baru je beli broadband. sebab kolej baru ni takde internet connection. bayar yuran mahal2 tapi kemudahan cam haram je. mata duitan betol la. duit ptptn tak masuk kan lagi. haish!






Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka

Alaa ramai sangat la 10 orang. kalau tak tag boleh tak? saya kan baik hati. baik punya. tak nak la susahkan orang lain.
dengan ini saya ucapkan terima kasih kepada cik shiba dan cik hanim kerana memberi idea kepada saya untuk buat entri baru.
babai.
*wave*

















saya tag Si Jambi Darat

*sila jawab jika mau The Police*

Tuesday, July 21, 2009

Obsesi Terkini: Cempedak Goreng

Sedapnyaaaa..
cempedak goreng kegemaranku..
akan ku dapat walau panas dan hujan..
hahaha..

anim dan ayan korang cam tak ayat ni?

Sunday, July 19, 2009

Curang atau Menjaga Hati


Curang adalah apabila anda melakukan sesuatu perkara yang tidak akan anda lakukan depan pasangan anda.


Kenapa aku tulis entri pasal ni?

Cuaca kat luar mendung macam nak hujan tapi macam tak jadi hujan..ok takde kaitan..dalam menghilangkan kebosanan aku pon baca blog orang yang tak dikenali..terus timbul satu pertanyaan dalam diri..curang ke nak jaga hati sebenarnya..

Ada macam-macam sebab, punca, faktor dan sebagainya seseorang itu berlaku curang..Apa perasaan korang bila korang bercinta macam orang naik angau, konon lautan api sanggup kurenangi, gunung tinggi sanggup ku daki, sanggup berkorban demi cinta sejati kononnya..tapi tiba-tiba esok pasangan korang, 'you, esok i nak kahwin dengan lelaki pilihan parent i'..OMG..curang ke nak jaga hati family? situasi macam ni ada ok..nak kesiankan benda dah nak jadi..tapi nak buat mcm mn terima je la jodoh korang dah takde..

Aku pernah curang ke? pernah..masa zaman muda remaja dulu..tapi aku pon dah belajar dari kesilapan..mungkin dah jumpa pasangan yang serasi bersama..(tolong jangan kembangkan hidung anda ye kekasih hati)..

Kenapa sebenarnya kita berlaku curang dengan pasangan kita?

Pada pendapat aku, ada la beberapa sebab kenapa seseorang itu berlaku curang..mungkin dia tidak rasa bahagia dengan pasangan, jumpa seseorang yang lebih baik daripada pasangan, saje je nak curang, untuk kepuasan diri sendiri nak buat benda yang dia tak pernah buat, cepat kesiankan orang, pasangan membosankan, macam-macam la..

Zaman sekarang ni tak boleh nak cakap kan..orang dah kahwin pon bley curang apa lagi kita yang belum kahwin..so, aku rasa sebelum korang nak berlaku curang or korang dah pun curang sekarang ni baik fikir betul-setul..

Kalau korang buat macam ni kat pasangan, pernah tak korang terfikir pasangan korang tu akan balas balik..mungkin dia tak berniat untuk balas dendam..tapi Tuhan tu Maha Adil kan? Tak kira la secara terang-terangan atau through SMS ke, email ke, YM ke, apa-apa je alat untuk berlaku curang nanti kantoi jugak..sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga..

Kalau hari ni kita sakitkan hati orang, esok lusa kita kena balik..