Monday, October 26, 2009

Selamat Maju Jaya, Teman!!!




27 Oct 09
9.00 am Training Management

6 Nov 09
2.30 pm Counselling in a Workplace

Good Luck Friends

p/s: kpd hanim dan ayan my bff..good luck tau..last sem ni semoga kita semua dapat result yang baik..klu dah kaya nanti jangan lupa aku..senang2 datanglah JB..terima kasih sebab jaga aku dan jadi sahabat yang baik sepanjang 4 tahun lebih kita kat U ni..sayang korang!!

Sunday, October 25, 2009

hujung minggu di JB


Hujung minggu lalu, aku pegi tengok teater kat RTM, JB..tajuk teater tu Srikandi Tanah Jauhar klu tak silap aku la..teater tu mengisahkan sekumpulan anak-anak muda negeri Johor yang mempertahankan negerinya daripada dijajah oleh Inggeris, Portugis dll..cite sejarah ye kawan2..dan juga teater muzikal..seni tarian dan nyanyian bersatu..teringat zaman muda dulu menari..



Dah lama aku tak tengok teater..seingat aku last time aku tgk masa sekolah dulu..dah lebih 6 tahun..aku tahu pon dari facebook member n JOHO group..ramai jugak yang tengok teater ni..penuh satu auditorium..my auntie and cousins pon ade..kawan2 yang pegi pon ramai..yus, farid, kusha, esah, wee, qayyum, ezzah, moq, fila, zack komplot, yaya, wandi, noreen, zul, zack, melau, jiboy..ade sesapa aku tak sebut nama sila bagithu ye..kekasih hati tak pegi dier sibuk mencari rezeki berniaga nak beli baju bundle..huhuhu..oh ye tok rimau dan anak buahnye pon ade join kami jugak..klu nak tahu upcoming events kat JB ni, joinlah group JOHO kat facebook..type JOHO then click search..korang bley join forum, discussions and give us some ideas about interesting places in Johor..sharing is caring..akhir kata nikmatilah gambar-gambar kami..thanks to ezzah..

JOHO members

me, ezzah and kak falisa

zack and tok rimau

jemput makan semua di ZZ

aktiviti kami berakhir di Bazaar JB kedai kami


Friday, October 23, 2009

i'm back on track


Sudah bersawang blog ni sebab dh lama tak hapdet..mungkin sebab terlalu sibuk bekerja dan juga belajar..alhamdulillah semuanya hampir selesai..sekarang ni aku tunggu nak final exam je..nak buat yang terbaik tapi mcm takde masa nak study je..hehehe..tawakal je la..

Setiap hari ade meeting..pastu makan..makin gemok la aku..jangan tegur aku klu aku dah gemok sbb nnti korang plak yg akan berjangkit..tapi takpe nasib baik dh ade JUS MATE..aku akan berusaha kumpul duit nak beli JUS MATE..agak2 bley turun berat badan jadi 40kg tak?


ok jom buat keje..

Friday, September 11, 2009

Finally, i got a JOB


Alhamdulillah..tu je yg mampu aku katakan..2 minggu lepas aku baru je pegi interview keje kat temapt aku belajar ni..semalam aku dapat surat tawaran bekerja..meleleh air mata kegembiraan..bersyukur sangat..macam tak percaya je..

Aku tak pernah pegi interview kerja..masa tu la 1st time aku pergi dgn niat nak cari pengalaman interview..dapat or tak belakang cerita..masa interview tu aku jumpa ramai kawan lama..dila dan najwa..ada jugak kawan2 aku yang lain..aku rasa performance aku masa interview tu taklah bagus mana..dahla yang 1 group dgn aku tu semua orang dah bekerjaya..engineer la, executive la, tutor la..tapi aku hanya sebagai pelajar tahun akhir dan pengalaman kerja pon sebagai guru ganti je..tak sangka rezeki tuhan bagi pada aku sangat murah..bersyukur sangat..aku dapat jugak kerja tu..kita kena percaya pada rezeki yang tuhan beri pada kita..kalau ada rezeki tak ke mana..betul tak??

Tapi..sekarang ni aku tengah kompius..byk jugak benda aku musykil sekarang ni..pertama, aku masih belajar dan lagi 8 minggu aku nak abis belajar..aku tak tahu sama ada dorang bagi aku peluang untuk abiskan atau aku kena tangguh belajar..rugi je kan..aku harap pihak UTM dpt consider bagi aku peluang abiskan belajar..sekejap je pon..yang kedua, kena pilih nak pencen ke KWSP..mak aku dpt pencen ayah aku plak keje kat KWSP..aku kompius..dua-dua bagus..kusut betol otak ni nak pikir..

Hurmm..dengan ini, aku nak ucapkan terima kasih kepada keluarga tersayang, kekasih hati tersayang, kawan2 terbaik (anim, ayan, akak, ila, imah, naj, nisa, bilo, zana, bell, dila, iqin, imah kid, zai, smak dan ramai lagi), kawan-kawan lain, semua la yang sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaan aku selama ni..ceh mcm mng award plak..hahaha..tahniah kepada Najwa sebab dier pon dapat jugak keje kat tempat sama dengan aku..nnti aku pegi keje tumpang ko k..aku takde lesen lagi r naj..huhuhu..sekian, balada 21 ramadhan hari ini..Selamat Berpuasa!

Monday, August 31, 2009

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!



"Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"


p/s:ada bonus tak tahun ni??

Saturday, August 29, 2009

baru seminggu puasa tapi lagu raya dah berkemundang seminngu sebelum puasa..ape kes??


Masuk hari ni dah 8 hari umat islam berpuasa..yang aku heran..baru je seminggu satu hari puasa..semua orang sibuk nak pasang lagu raya..heran bin ajaib betul la..

Semalam aku dengan kekasih hati pergi dating kat pasar borong kat JB ni..mak datok bukan main meriah lagi orang sana pasang lagu raya..mungkin kat sana banyak bazaar kedai-kedai yang jual baju-baju raya..jadi untuk menaikkan mood hari raya tu mereka pasanglah lagu raya..kat jusco pun sama..belum lagi pengumuman esok nak puasa, dah berkemundang lagu "Selamat Hari Raya, hari untuk kita bersuka ria,...." maka selamat lah duit korang semua raya ni..hahaha..

Tapi, pada aku..menjelang 31 Ogos ni, aku rasa sepatutnya mereka semua ni kena pasang lagu berunsur patriotik bersemangat sikit nak menyambut hari kemerdekaan yang ke 52 tahun ni..pasanglah lagu "Tanggal tiga puluh satu bulan lapan lima puluh tujuh....."..betul tak? aku bersyukur tanggal 31 ogos ni jatuh pada bulan ramadhan..jadi bulan ramadhan ni kan bulan yang baik..ramai umat islam beribadah kepada ALLAH, berdoa, mohon pengampunan..kan?Semoga negara kita Malaysia ni akan sentiasa aman dan makmur hendaknya..aminnn..

Jadi, kepada semua pemilik kompleks beli-belah, aku sarankan agar dorang ni semua pasanglah lagu sambutan kemerdekaan..tak lama pon lagi beberapa hari je..lepas 31 ogos korang pasanglah lagu raya semula..sampailah sebulan raya..dekat dua bulan korang leh pasang lagu-lagu raya tau..


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan
yang ke-52
Malaysia!!!




p/s: korang tahu tak tema tahun ni ape?


Friday, August 28, 2009

diam tak bererti aku bisu..