Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Tuesday, January 3, 2012

TONIGHT..personal taste..


Tittle: Personal Taste
Episodes: 16 episode
Genre: Romantic Comedy
Cast:
Son Ye Jin as Park Gae In
Lee Min Ho as Jeon Jin Ho

Saturday, December 11, 2010

Take A Stand vs Narnia 3



Dah lama rasanya aku tak pergi gig..semalam folo kekasih hati dia nak pergi tgk gig kat embrace hall..Rm 10 je..ramai jugak yang datang..4 band yang main iaitu Dead Pits, HC band from Jakarta Indonesia, Inflict, old school HC from Kota Tinggi, dan 2 band aku pun tak pernah tengok dorang perform Crxssline and Through our Lungs..semua band HC mcm kelakar je aku layan HC tapi layan kan je..best jugak..bring back the old days..

Lepas layan gig, kitorang terus g CS tgk wayang layan cite ini..Tadaaa..


The Chronicles of Narnia 3: The Voyage of The Dawn Treader..BEST!!..full of magical and spells..tapi Susan and Peter takde lagi mungkin sebab dorang dah besar kot..yang best ade watak baru cousin kepada Lucy and Edmund nama dia Eustace..sgt annoying budak ni..tapi tak sangka pulak watak dia besar dalam cite ni bley jadi naga..so, aku rekemen la korang tgk cite ni..

Enjoy!!

Tuesday, June 8, 2010

Malam Minggu di Johor Bahru

Malam minggu yang lalu di JB memang best..aku dan kekasih dan pakcik dan makcik dan sepupu dan kawan pergi konsert Double Trouble Search vs Wings..Hebat!! barulah JB rock city!! Tiket tak mahal RM70 untuk konsert 9pm sampai 1am..puas hati tahap maksima..

teruja tak?


Tuesday, April 21, 2009

Perempuan Simpanan dan Kacip Fatimah


..Perempuan Simpanan dan Kacip Fatimah..

huhuhu..aku mau kedua-duanya..tapi apakan daya..duit kat akaun aku tidak mencukupi untuk beli buku ni..cukup la tapi aku nak guna duit tu buat bayar bil telefon..kalau tak nanti kena blocked..hehehe..mungkin aku akan meroyan tahap gaban sebab masih tidak dapat memiliki buku ni..oh Pipi dan Sindiket Souljah yang lain..harap-harap ada la rezeki aku..
janganlah sold out dulu ye..

Monday, April 20, 2009

sePAGI di ZOO JOHOR


Hye everybody..korang mesti dah lama tak pergi zoo kan??especially orang-orang johor..


2 weeks ago, me, hanim and my roomate, lilis pergi buat lawatan sambil belajar kat ZOO JOHOR..hahaha..saje je jalan-jalan tengok haiwans..kalau tak silap aku last time pergi zoo masa zaman sekolah tadika..almost 17 years..huh..well, memang banyak sangat perubahan yang berlaku..

Zoo Johor dah tak macam dulu lagi..macam bosan je tengok..tapi sekarang, dah cantik, teratur, dan bersih..haiwan pulak ada harimau, singa, burung-burung, gajah, tapir, unta, monyet, beruk banyak lagi la..aku ingat dah takde lagi orang nak bawak family datang melawat zoo..tapi masa kitorang pergi tu ramai family siap bawak atok dengan nenek lagi..bukan orang Malaysia je..orang Indonesia siap bawak anak-anak lagi..

Budak-budak memanglah seronok pergi zoo..kitorang pon seronok jugak..macam jakun pon ade jugak..ala..masa kecik-kecik mana la ingat haiwan-haiwan ni semua..perasaan gembira tu lain..macam lebih seronok cikgu bawak jalan-jalan..tapi bila dah dewasa ni, seronok tengok haiwan-haiwan ni and dapat belajar something..tak banyak pon sikit jadilah kan..

Sebenarnya, aku dah tak tahu kat mana lagi nak jalan kat JB ni..nak pergi shopping duit takde..so, daripada aku buang masa lepak, window shopping ada faedahnya aku bawak kawan-kawan aku yang dari luar johor ni jalan-jalan..oh ye lepas kitorang pergi zoo, kitorang pergi Muzium Johor pulak..gambar takde sebab kat muzium tak boleh amik gambar..

Kepada warga-warga Johor, kalau ada masa yang terluang singgah-singgah la kat Zoo and Muzium ni..bukan mahal pon bayarannya..setakat RM2 masuk Zoo Johor and RM4 masuk Muzium Johor..OK la tu!!

Friday, April 3, 2009

Selamat Ulang Tahun SAYANG


31.
03.2009


Selamat SATU Tahun Sayang

Aktiviti kami meraikan ulang tahun perkenalan adalah seperti berikut:
  1. Hari kami dimulakan dengan aktiviti di bengkel..sampai terlelap aku tunggu
kereta nak siap bikin..
2. Kami terus gerak ke Batu Layar
3. Lepas tu pulang ke Johor Bahru singgah Pesta Konvo UTM lagi..bukak hadiah..test hadiah..
Thanks sayang for everything..i really love the shoes..nnti i pakai okay..
saya sayangkan awak!

Thursday, April 2, 2009

Hujung minggu lalu: hari bersama keluarga kekasih hati


Hujung minggu lalu, hari bersama keluarga kekasih hati:
  1. Mula-mula kitorang pegi nagoya nak cari kain untuk si kecik maheera..cari english cotton..sgt comel bunga-bunga di kain tersebut..pastu kitorang singgah la cash converter kot ade barang yang menarik dan murah..tp hampeh..mcm makin sempit je kedai tu..barang pon xbanyak yang baik..
  2. Kitorang teruskan perjalanan, ke Gulatis kat angsana..kali ni nak cari kain kakak kepada maheera..banyak kali jugak mak endy nak belanja aku kain..tapi segan la..tapi terima juga la akhirnya..thanx auntie!!!intan sayang anak auntie..hahaha..mata aku naik juling jugak cari kain kat kedai ni..kain memang cantik-cantik..harga pon cantik jugak..kitorang cari kain ni untuk wedding spupu endy bulan 8 ni..tema adalah warna lilac..aku pon tak berapa nak paham sangat jenis lilac ni camne..last-last aku pilih corak bunga-bunga jugak yang agak menarik warnanya..dan free kain untuk lining..yeay..so, kami dah berjimat di situ..
  3. Lepas penat mencari kain, kitorang singgah ke rumah jimmy spupu endy..adik jimmy yang bakal kahwin bulan 8 ni..kitorang melawat wife jimmy, kak ayu yang selamat melahirkan anak perempuan yang sangat comel dan diberi nama Hana..4 huruf sahaja..takde nor ke, nur ke, siti ke, sharifah ke tak de okay..panggil Hana je..simple and comel..
  4. Aktiviti aku tak berhenti dekat situ, kitorang pulang ke rumah kekasih hati sebab dah nak maghrib..lepas solat maghrib, aku, kekasih hati dan parent dier pergi dinner dekat Restoran Tip Top..makan ikan bakar, ketam kecik goreng tepung, pastu ada otak-otak kegemaran ramai..sangatla mengenyangkan dan mengembungkan perut aku yang dh sedia kembung..
  5. Malam aku diakhiri dengan aktiviti menonton Battle of the Bands dekat UTM sebab ade Pesta Konvokesyen yang ke-41..tak silap aku la..sangatla bosan..sebab sound tak best..band pon tak best macam tahun-tahun sebelum ni..persembahan oleh Zubira dan bandnya..sebab Zubira jadi juri malam tu..
Begitulah cerita aku pada hujung minggu..penat tapi sangat menyeronokkan..oh ye aku lupa nak bagitahu kisah sedih sebelum tu..huhuhuhu..takpela tak baik cerita sedih-sedih ni..baik kite cerita benda yang menyeronokkan betul tak??

Okay, sekian saja untuk entri kali ni..nasihat aku kepada pembaca, jangan lupa save korang punya assignment (kepada yang masih belajar) dalam banyak copy..jangan simpan kat pendrive je..simpan kat doc, local disk c or d..semualaa..ok itu saja pesanan dari pihak penaja..sehingga jumpa di lain entri..

Selamat malam..

Friday, March 27, 2009

Menuju Puncak di Akademi Fantasia




Orait..entri kali ni aku nak cerita pasal Akademi Fantasia yang sedang hangat kat Astro RIA baru2 ni..minggu ni minggu ketiga konsert akademi fantasia 7..bagi aku af tahun ni semua peserta pandai menyanyi..tapi biasalah sumbang mambang, pitching ke laut la..tapi suara dorang sedap-sedap belaka..ramai yg bersuara husky..antara peserta kegemaran aku ialah HAFIZ dari kuching, sarawak..si hafiz ni takdelah kacak mana pon..tapi performance dier berjaya memikat ramai orang yang menonton af ni..bila dier nyanyi, sangat la santai dan relaks..even pengkritik pon sume suka kan dier..suka suara dan karakter dier..tapi minggu ni tak tahu la macam mana pulak..aku harap lebih baik daripada minggu-minggu sebelum ni..antara peserta-peserta lain yang aku rasa korang kena tengok ialah claudia, isma, aishah..aku menilai bukan pada paras rupa ok..tapi aku rasa dorang ni berbakat..tapi setiap orang ada pendapat masing-masing kan..so, ini adalah pendapat aku..anyway, afundi HAFIZ..

.HAFIZ.
.19 TAHUN.
.KUCHING, SARAWAK.

AFUNDI HAFIZ





Thursday, March 26, 2009

.Patung Kertas.


.Patung Kertas.



About Paper Dolls

Paper dolls are figures cut out of paper, with separate clothes usually held onto the dolls by folding tabs. They have been inexpensive children's toys for almost two hundred years. Today, many artists are turning paper dolls into an art form.

Paper dolls have been used for advertising, appeared in magazines and newspapers, and covered a variety of subjects and time periods. They have become highly sought-after collectibles, especially as vintage paper dolls become rarer due to the limited lifespan of paper objects. Paper dolls are still being created today.

Paper dolls have regained popularity with young children featuring popular characters and celebrities. Online and virtual paperdolls also have a popular following, with users able to drag and drop images of clothes onto images of dolls or actual people.

Sumber daripada Wikipedia...



Aku pon nak berkongsi cerita tentang zaman aku kanak-kanak..

Paper dolls ni aku main masa kecik2 dulu..nak beli barbie doll tak mampu..beli je la patung kertas..seronok main paper doll ni sebab kita boleh tukar-tukar baju dier..sekarang ni susah kita nak jumpe budak perempuan yang main paper doll..yela zaman sekarang orang dah ramai yang senang2..sekolah rendah pon dah ade hanphone canggih..belajar tak pandai pon parent tak bising..zaman aku dulu main paper doll ni pon kena marah dgn parent..sebab membazir dh lama2 tak guna buat sepah kat umah je..sejak berkenalan dengan kekasih hati ni, aku rajin berjalan pegi kedai-kedai barangan terpakai, kedai-kedai runcit lama banyak lagi la..kerajinan kami membuahkan hasil bila aku jumpa semula permainan kegemaran aku ni..seronok tak terkata..terkenang zaman masa kecik2 dulu..aku pon beli la banyak2 sebagai koleksi peribadi aku..ada yang aku simpan dan ada yang aku jual..



Masa aku berniaga dekat bazaar jb, ada seorang pelanggan aku ni..perempuan la..umur dalam lingkungan akhir 20-an..dah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang aku rasa umur 3-4 tahun camtu la..masa dier nak beli paper doll ni, dier punya senyuman bukan main lebar lagi..agaknye dier teringat masa kecik2 dulu..anak dier pulak tak tahu pasal paper doll ni..paper doll ni rare la zaman sekarang ni..susah kite nak jumpa kat kedai2 runcit..even tora, ding dang pon budak2 sekarang tak beli..semuanya sibuk dengan PSP, Play station, Astro ceria, macam2 la..semua sibuk nak glamer jadi artis masuk tv..glamer kat tom2 bak, pondok2..bukan aku cakap tak bagus benda2 tu..bagus la budak2 sekarang self-confident lebih tinggi daripada budak2 dulu..tapi cuba lah main permainan yang tak menghabiskan duit mak bapak..maksud aku yang beribu or beratus la..


Seronok tau permainan dulu-dulu..


Wednesday, March 25, 2009

FUN.JOY.FUN.JOY



Finally, internet connection kat kolej aku kembali pulih..

hidup aku kembali ceria..
sebab aku boleh:
  • main Pet Society
  • hapdet Blog aku
  • hapdet Blog kami
  • semua di atas la..
.happy day.


Wednesday, March 11, 2009

apakah tandanya??



.sakit tekak.


.bersin.


.pening kepala.


.mata gatal-gatal
.


apakah tandanya?

Tuesday, March 3, 2009

.MARCH.

.MARCH.

hidup mesti diteruskan
aku kembali ceria
tabah dan redha atas kehilangan kawan baik
waktu bersedey sudah berlalu
kini masa utk bergembira
walau bagaimanapun

hidup mesti diteruskan
keje banyak tertangguh
tesis
assignment
presentation
sabar je la

hidup mesti diteruskan
walaupun berat badan makin naik
kawan2 ramai ckp aku dh gemok
takpelah sekurang-kurangnye aku sihat
gemok ke?

hidup mesti diteruskan
sebab bulan ni sgt bermakna buat aku
tak sabar tunggu akhir bulan
tapi semalam tak seronok
sedey
sakit hati
geram
kecewa
namun dpt diselamatkan
semua tu dugaan
sangat teruja menanti detik 31hb
tapi tak nak teruja sgt
takut kecewa lagi

oh ye
semalam teringatkan arwah wani
hampir terlupa dier sudah tiada
al-fatihah buat arwah




Thursday, February 12, 2009

JB BAAZAR

JB BAAZAR (Flea Market)

Tarikh: 13hb & 14hb Februari 2009 (Jumaat & Sabtu)
Masa: 7.00 mlm hingga 12.00 tgh mlm.
Tempat: Legaran Segget, Johor Bahru, Johor.

Kami (The Good Old Things & Rebirth Concept Store) ada menjual baju-baju band yang rare, dress wanita, blouse, kasut, CD dan piring hitam terpakai. Datang la melawat kami di sini. Harga boleh dirunding, yang penting beli!



Wednesday, February 4, 2009