Showing posts with label teman. Show all posts
Showing posts with label teman. Show all posts

Monday, April 20, 2009

sePAGI di ZOO JOHOR


Hye everybody..korang mesti dah lama tak pergi zoo kan??especially orang-orang johor..


2 weeks ago, me, hanim and my roomate, lilis pergi buat lawatan sambil belajar kat ZOO JOHOR..hahaha..saje je jalan-jalan tengok haiwans..kalau tak silap aku last time pergi zoo masa zaman sekolah tadika..almost 17 years..huh..well, memang banyak sangat perubahan yang berlaku..

Zoo Johor dah tak macam dulu lagi..macam bosan je tengok..tapi sekarang, dah cantik, teratur, dan bersih..haiwan pulak ada harimau, singa, burung-burung, gajah, tapir, unta, monyet, beruk banyak lagi la..aku ingat dah takde lagi orang nak bawak family datang melawat zoo..tapi masa kitorang pergi tu ramai family siap bawak atok dengan nenek lagi..bukan orang Malaysia je..orang Indonesia siap bawak anak-anak lagi..

Budak-budak memanglah seronok pergi zoo..kitorang pon seronok jugak..macam jakun pon ade jugak..ala..masa kecik-kecik mana la ingat haiwan-haiwan ni semua..perasaan gembira tu lain..macam lebih seronok cikgu bawak jalan-jalan..tapi bila dah dewasa ni, seronok tengok haiwan-haiwan ni and dapat belajar something..tak banyak pon sikit jadilah kan..

Sebenarnya, aku dah tak tahu kat mana lagi nak jalan kat JB ni..nak pergi shopping duit takde..so, daripada aku buang masa lepak, window shopping ada faedahnya aku bawak kawan-kawan aku yang dari luar johor ni jalan-jalan..oh ye lepas kitorang pergi zoo, kitorang pergi Muzium Johor pulak..gambar takde sebab kat muzium tak boleh amik gambar..

Kepada warga-warga Johor, kalau ada masa yang terluang singgah-singgah la kat Zoo and Muzium ni..bukan mahal pon bayarannya..setakat RM2 masuk Zoo Johor and RM4 masuk Muzium Johor..OK la tu!!

Tuesday, March 3, 2009

.MARCH.

.MARCH.

hidup mesti diteruskan
aku kembali ceria
tabah dan redha atas kehilangan kawan baik
waktu bersedey sudah berlalu
kini masa utk bergembira
walau bagaimanapun

hidup mesti diteruskan
keje banyak tertangguh
tesis
assignment
presentation
sabar je la

hidup mesti diteruskan
walaupun berat badan makin naik
kawan2 ramai ckp aku dh gemok
takpelah sekurang-kurangnye aku sihat
gemok ke?

hidup mesti diteruskan
sebab bulan ni sgt bermakna buat aku
tak sabar tunggu akhir bulan
tapi semalam tak seronok
sedey
sakit hati
geram
kecewa
namun dpt diselamatkan
semua tu dugaan
sangat teruja menanti detik 31hb
tapi tak nak teruja sgt
takut kecewa lagi

oh ye
semalam teringatkan arwah wani
hampir terlupa dier sudah tiada
al-fatihah buat arwah




Friday, February 27, 2009

PERGINYA SEORANG PUTERI



..PUTRIWANI MD SALIM..
..arwah telah meninggalkan kita semua pada 26 Februari 2009 jam 12 tghari..
..jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kangkar Pulai selepas solat asar..
..semoga rohnya dicucuri rahmat-NYA..
..salam takziah buat keluarga arwah wani..

..wani..
..aku akan merindui kau..dan sentiasa merindui kau..gelak tawa kau..suara kau..kau pernah bgthu aku..aku ni 100% mcm kau..perangai kita sama je kn..kita banyak kongsi cerita, masalah, barang2..kau mmg seorang pendengar yang baik..aku xthu lepas ni nak share dgn siapa lg..tinggal la aku, bell, bilo dan zana..setiap kenangan kita xkan aku lupakan..terima kasih sebab pernah menjadi teman yang baik sepanjang kita berkawan..maafkan aku wani sbb xmelawat kau waktu ko kritikal..aku akan sentiasa doakan semoga roh kaudicucuri rahmat oleh-NYA..

AL-FATIHAH

Wednesday, February 25, 2009

selamat ulang tahun sayang


SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN
YG KE-23 TEMAN!!


HAPPY BIRTHDAY TO YOU


HAPPY BIRTHDAY TO YOU


HAPPY BIRTHDAY TO WANI & NAJWA


HAPPY BIRTHDAY TO YOU

Tuesday, February 24, 2009

Gadisku dalam KOMA


Gadisku Dalam Koma by The Times..

gadisku dalam koma,
seriuskah keadaannya,
gadisku dalam koma,
seriuskah situasinya,

dengarlah lagu ini bila sedar,
betapa pilu, tangisku,
ku berikrar takkan ingkar,
mogakan sembuh segera,
maafkanlah, diri ini jika pernah,
salah dan silap dengan mu,

ku berdoa ke atasmu,
moga kau pulih semula.


bintang kecik~wani dalam keadaan kritikal sekarang ni..aku berdoa agar wani cepat sedar..wani jangan patah semangat..esok besday ko aku dtg melawat ye..ko mesti bangun tau..

Monday, February 23, 2009

PUTRIWANI MD SALIM

Minggu lepas, aku menghubungi kawan baikku yang hampir 4 tahun tak berjumpa..nabilah a.k.a bilo..biasalah kalau dh lama tak jumpa macam2 cerita yg nak sembang..pompuan la katakan..sembang punya sembang..mesej punya mesej..tetibe rasa nak jumpe kawan2 yang lain..so, kitorang pon decide nak jumpe hujung minggu ni..kita hanya merancang tapi ALLAH yang menentukan..hari khamis yang lepas, 19 Feb, aku mendapat khabar berita yang agak buruk..salah seorang kawan baikku, PUTRIWANI a.k.a WANI telah koma dan dimasukkan hospital di wad CCU..hari ini genap 5 hari wani tak sedarkan diri..3 minggu yang lepas, wani dimasukkan hospital akibat migrain dan juga gastrik..tapi penyakitnya tak juga sembuh2..doktor cakap wani tertekan akibat kerja..dah berubat kampung pon masih xsembuh jugak..tetibe hari khamis tu dier pengsan dan kini sedang koma..bila aku tanya mak dengan ayah dier, dorang cakap wani diserang radang otak..tapi bukan brain tumor..dorang ckp len..ntahla aku pon tak tahu bukan aku pakar pon hal2 ni..aku dan kekasih hati, zana, bilo, bell, mala, aziera pegi melawat wani di hospital..hari pertama aku pergi, aku masih dapat mengawal air mata lagi tapi bila malam, aku teringatkan wani..dier orang yang ceria..sentiasa buat kawan2 ketawa..seorang kawan yang suka menolong kawan lain bila dlm kesusahan..seorang pendengar yang setia..tapi bila dier dah koma, aku terasa kehilangan..keesokan harinya, kawan2 ku yang lain semuanya datang melawat wani..aku sempat berbual dengannya..walaupun wani tak sedarkan diri tapi dier masih boleh mendengar..

Wani, aku ni intan..bilo, zana, bell, mala, lembik semua datang tengok ko..kite baru je plan nak jumpe hujung minggu ni..tapi nape leh jadi macam ni?wani bangunlah..ceria semula..jangan putus harapan..bangunlah wani..


Air mata mengalir dengan maha laju..kali ni aku tak dapat nak control lagi..macam tu jugak dengan kawan2 yang lain..pertengahan bulan 3 ni sepatutnya wani dan tunang..persiapan semua dah buat..tapi sekarang ni dier dah terlantar..doktor cakap keadaan dier sekarang 50-50..kitorang sume tak dapat buat pape..hanya mampu doakan semoga wani cepat sedar dan jalani kehidupan seperti biasa..

Kepada kawan2 yang ada terbaca entri aku ni..aku berharap korang akan doakan semoga kawan baikku, Putriwani Md Salim cepat sedar..berkat doa korang semua, Insya-ALLAH wani akan sedar..kepada rakan2 yang mengenali wani, kalau ade kesempatan pegi lah melawat dier..kawan sekolah wani, sekolah tmn U, sekolah teknik perdangangan, kolej cybernetics, kawan sekerja, dan kawan2 yang lain..maaf tak dapat bagitahu awal2 dan tak dapat hubungi korang semua..harap korang semua faham..

Wani, aku dan kawan2 sume doakan ko cepat sedar..kitorang semua rindukan ko..25 Februari ni kan besday ko, mesti ko nak sambut dengan org tersayang kn?jangan putus harapan ye wani..ko kena kuatkan semangat..aku, bilo, bell, zana, keya, pye dan kawan2 lain semua doakan ko cepat sedar..cepat sedar ye wani..