Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Tuesday, June 8, 2010

Kursus Induksi Siri 1/2010

Aku baru je selesai berkursus..biaselah kerja kerajaan ni kena pegi kursus induksi kalau tak nanti tak bley sah jawatan..banyak yang aku belajar daripada kursus ini..dah mcm2 pekeliling, perintah am, paling best sekali tajuk pasal kewangan, elaun dan cuti..hehehe..

Minggu pertama mcm boring sket dah la kena dtg before 7.30 am..biaselah masa tu mood masih di rumah dan otakfikir banyak gile keje kat opis kena buat..tapi bos aku pesan takpe amik peluang ni berehat and belajar kalau tak sampai bile2 aku pon tak tahu pasal peraturan..keje pun dah 6 bulan lebih tapi satu rules pun aku tak khatam lagi..hehehe..

Kursus Induksi ni lama 3 minggu dari 17 Mei hingga 4 Jun..nasib baik die buat office hour..so dari 7.30 am sampai 6. 30 pm..macam2 aktiviti kitorang buat..individual and group assignment, pertandingan sudut kreatif, presentation group, public speaking, banyakla..aku join group pengurusan dan profesional so dalam group aku kebanyakan tutor dan lecturer..tapi masa riadah ade jugak join dengan groups sokongan..

At the end of this courses, aku sangat berpuas hati sebab group kitorang bolot semua hadiah tempat pertama..daripada sudut kreatif, presenttation, best speaker for public speaking and mlm kebudayaaan..puas hati giler la..jangan sangka group kitorang ni skema eh padahal lagi sengal dari group sokongan..hahaha..


Tak kira la siapa kita, ade pangkat Prof, Dr, Pegawai atau staf biase tapi hakikatnya kita ni semua manusia biasa. . pangkat tu sementara je tapi kalau kita ni tinggi budi pekerti orang akan kenang sampai bile2..jangan sangka orang atasan jahat dan orang bawahan baik begitu juga sebaliknya..pokok pangkal pada diri kita juga..

Saturday, April 25, 2009

Korang rasa TOMOK leh jadi juara OIAM tak?

Entri kali ni takde pon kaitan dengan tajuk kat atas tu..cuma nak kongsi cerita je..semalam aku, hanim, ayan dan lilis pergi jumpa kawan lama kitorang Aca dekat restoran Alif kat Taman U ni..lama tak jumpa aca..dah nak kahwin pon kawan aku sorang ni..oh ye tahun 2009 ni ramai betol kawan-kawan aku yang nak kahwin..Aca, rumet aku, lilis pon dah nak kahwin..pastu kawan aku masa PLKN, ili pon dah nak kahwin jugak..TAHNIAH ye korang..semoga segala erancangan berjalan dengan lancar dalam meniti hari-hari bahagia..


Bile cerita bab kahwin ni mesti orang ingat aku dah menggatal sangat nak kahwin..takde maknanye kak jah oi..belajar pon tak abis lagi..nak cari kerja tetap lagi..ingat kahwin senang-senang nak buat loan ke pastu kahwin..tak kak jah..macam2 benda kena pikir..

Huh..

Aku pon lambat lagi nak berlangsung..walaupun kekasih hati hampir mencecah angka 3 dihadapan (tapi lagi 2 tahun la) tapi takla aku kahwin dalam masa yang terdekat ni..relaks r..muda lagi..bak kata mak aku enjoy dulu..masa muda remaja ni..kumpul duit dulu dah stabil baru la pikir nak kahwin ke tak..lagi la aku ni anak sulung dan la tu sorang je pompuan..nak kena senangkan family aku, tolong mak dengan ayah, adik-adik aku..dah la sumernye lelaki..kalau ringan tulang takpela jugak..nak mintak tolong pergi kedai pon nak mintak upah..ape ingat mama dengan baba tu cop duit ke?


Haish..

Lagipun zaman moden ni, umur bukan pengukur seseorang tu kena kahwin..bujang terlajak la andalusia la (singkatan bagi anak dara lanjut usia okay)..tidak ye kawan-kawan..kalau dah jodoh korang cepat kahwin la..kalau lambat pon tak payah susah hati okay..Tuhan tu maha adil DIA dah tetapkan jodoh korang..tapi kalau dah jodoh tak payah la jual mahal pulak..takut nanti kalau jual mahal orang dah malas plak nak layan..tapi janganlah sampai menyakitkan or melukakan hati orang lain..buatnye kena mandrem dah susah..zaman sekarang ni macam-macam leh jadi..jagalah diri korang baik-baik..kalau kita pon tak pandai jaga diri macam mana nak jaga anak orang..betul tak?


Ok sehingga berjumpa lagi di lain entri..



Aku nak sambung study..esok exam..huhuhu..

Friday, April 3, 2009

Selamat Ulang Tahun SAYANG


31.
03.2009


Selamat SATU Tahun Sayang

Aktiviti kami meraikan ulang tahun perkenalan adalah seperti berikut:
  1. Hari kami dimulakan dengan aktiviti di bengkel..sampai terlelap aku tunggu
kereta nak siap bikin..
2. Kami terus gerak ke Batu Layar
3. Lepas tu pulang ke Johor Bahru singgah Pesta Konvo UTM lagi..bukak hadiah..test hadiah..
Thanks sayang for everything..i really love the shoes..nnti i pakai okay..
saya sayangkan awak!

Thursday, April 2, 2009

Hujung minggu lalu: hari bersama keluarga kekasih hati


Hujung minggu lalu, hari bersama keluarga kekasih hati:
  1. Mula-mula kitorang pegi nagoya nak cari kain untuk si kecik maheera..cari english cotton..sgt comel bunga-bunga di kain tersebut..pastu kitorang singgah la cash converter kot ade barang yang menarik dan murah..tp hampeh..mcm makin sempit je kedai tu..barang pon xbanyak yang baik..
  2. Kitorang teruskan perjalanan, ke Gulatis kat angsana..kali ni nak cari kain kakak kepada maheera..banyak kali jugak mak endy nak belanja aku kain..tapi segan la..tapi terima juga la akhirnya..thanx auntie!!!intan sayang anak auntie..hahaha..mata aku naik juling jugak cari kain kat kedai ni..kain memang cantik-cantik..harga pon cantik jugak..kitorang cari kain ni untuk wedding spupu endy bulan 8 ni..tema adalah warna lilac..aku pon tak berapa nak paham sangat jenis lilac ni camne..last-last aku pilih corak bunga-bunga jugak yang agak menarik warnanya..dan free kain untuk lining..yeay..so, kami dah berjimat di situ..
  3. Lepas penat mencari kain, kitorang singgah ke rumah jimmy spupu endy..adik jimmy yang bakal kahwin bulan 8 ni..kitorang melawat wife jimmy, kak ayu yang selamat melahirkan anak perempuan yang sangat comel dan diberi nama Hana..4 huruf sahaja..takde nor ke, nur ke, siti ke, sharifah ke tak de okay..panggil Hana je..simple and comel..
  4. Aktiviti aku tak berhenti dekat situ, kitorang pulang ke rumah kekasih hati sebab dah nak maghrib..lepas solat maghrib, aku, kekasih hati dan parent dier pergi dinner dekat Restoran Tip Top..makan ikan bakar, ketam kecik goreng tepung, pastu ada otak-otak kegemaran ramai..sangatla mengenyangkan dan mengembungkan perut aku yang dh sedia kembung..
  5. Malam aku diakhiri dengan aktiviti menonton Battle of the Bands dekat UTM sebab ade Pesta Konvokesyen yang ke-41..tak silap aku la..sangatla bosan..sebab sound tak best..band pon tak best macam tahun-tahun sebelum ni..persembahan oleh Zubira dan bandnya..sebab Zubira jadi juri malam tu..
Begitulah cerita aku pada hujung minggu..penat tapi sangat menyeronokkan..oh ye aku lupa nak bagitahu kisah sedih sebelum tu..huhuhuhu..takpela tak baik cerita sedih-sedih ni..baik kite cerita benda yang menyeronokkan betul tak??

Okay, sekian saja untuk entri kali ni..nasihat aku kepada pembaca, jangan lupa save korang punya assignment (kepada yang masih belajar) dalam banyak copy..jangan simpan kat pendrive je..simpan kat doc, local disk c or d..semualaa..ok itu saja pesanan dari pihak penaja..sehingga jumpa di lain entri..

Selamat malam..

Thursday, March 26, 2009

.Patung Kertas.


.Patung Kertas.



About Paper Dolls

Paper dolls are figures cut out of paper, with separate clothes usually held onto the dolls by folding tabs. They have been inexpensive children's toys for almost two hundred years. Today, many artists are turning paper dolls into an art form.

Paper dolls have been used for advertising, appeared in magazines and newspapers, and covered a variety of subjects and time periods. They have become highly sought-after collectibles, especially as vintage paper dolls become rarer due to the limited lifespan of paper objects. Paper dolls are still being created today.

Paper dolls have regained popularity with young children featuring popular characters and celebrities. Online and virtual paperdolls also have a popular following, with users able to drag and drop images of clothes onto images of dolls or actual people.

Sumber daripada Wikipedia...



Aku pon nak berkongsi cerita tentang zaman aku kanak-kanak..

Paper dolls ni aku main masa kecik2 dulu..nak beli barbie doll tak mampu..beli je la patung kertas..seronok main paper doll ni sebab kita boleh tukar-tukar baju dier..sekarang ni susah kita nak jumpe budak perempuan yang main paper doll..yela zaman sekarang orang dah ramai yang senang2..sekolah rendah pon dah ade hanphone canggih..belajar tak pandai pon parent tak bising..zaman aku dulu main paper doll ni pon kena marah dgn parent..sebab membazir dh lama2 tak guna buat sepah kat umah je..sejak berkenalan dengan kekasih hati ni, aku rajin berjalan pegi kedai-kedai barangan terpakai, kedai-kedai runcit lama banyak lagi la..kerajinan kami membuahkan hasil bila aku jumpa semula permainan kegemaran aku ni..seronok tak terkata..terkenang zaman masa kecik2 dulu..aku pon beli la banyak2 sebagai koleksi peribadi aku..ada yang aku simpan dan ada yang aku jual..



Masa aku berniaga dekat bazaar jb, ada seorang pelanggan aku ni..perempuan la..umur dalam lingkungan akhir 20-an..dah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang aku rasa umur 3-4 tahun camtu la..masa dier nak beli paper doll ni, dier punya senyuman bukan main lebar lagi..agaknye dier teringat masa kecik2 dulu..anak dier pulak tak tahu pasal paper doll ni..paper doll ni rare la zaman sekarang ni..susah kite nak jumpa kat kedai2 runcit..even tora, ding dang pon budak2 sekarang tak beli..semuanya sibuk dengan PSP, Play station, Astro ceria, macam2 la..semua sibuk nak glamer jadi artis masuk tv..glamer kat tom2 bak, pondok2..bukan aku cakap tak bagus benda2 tu..bagus la budak2 sekarang self-confident lebih tinggi daripada budak2 dulu..tapi cuba lah main permainan yang tak menghabiskan duit mak bapak..maksud aku yang beribu or beratus la..


Seronok tau permainan dulu-dulu..