Showing posts with label announcement. Show all posts
Showing posts with label announcement. Show all posts

Thursday, July 16, 2009

Jangan lupa temujanji anda hujung minggu ni bersama saya dalam rancangan.....

Hye KAWAN-KAWAN..

Bertemu lagi dalam rancangan..Jeng jeng jeng jeng (sambil tangan di ketiak)..mesti tak tengok raja lawak kan..hehehe..ok, melalut sudah..

Minggu ni sekali lagi The Good Old Things & KLASIK by The Good Old Things akan join JUNK SALE di That's Cafe..so, seperti biasa kami akan menjual pre-loved items, ade jugak yang baru..kalau nak thu datang lah jenguk..marilah kita together gather kat sana ye..mana la tau ade jumpe barang-barang yang berkenan di hati..jangan risau setiap harga boleh dirunding..confirm korang akan dilayan dengan baik sekali..cewahh..jadi, DATANG jangan tak DATANG..JUMPA DI SANA!!!

Thursday, June 11, 2009

Junk SALE vs PRE loved market



We sell rare band's & branded t-shirts,
pre-loved dress, blouse, bags,
shoes, vinyl, CD, vintage toys
and many more pre-loved item at affordable price.

Come and meet us here!

Wednesday, April 29, 2009

mari kita mulakan hidup BARU

dalam kesibukan pelajar-pelajar UTM menelaah sebab final exam dan sepatutnya aku di meja belajar dan belajar. tapi aku di meja belajar sibuk main internet. takpelah sekurang-kurangnya aku di meja belajar. 

justeru itu, ayuh kawan-kawan kita mulakan hidup baru.

oh ye.

sekadar untuk pengumuman. korang tahu kan aku ade blogshop. ala yang The Good Old Things tu. so, nak inform la ni. kitorang akan buat pecahan (okay dah macam matematik). sebab aku rasa macam serabut plak blogshop kitorang. biasalah kitorang pon wat perniagaan perkongsian. klu dah nama perkongsian kenalah berkongsi kesemuanya. setelah mengadakan mesyuarat agung tahunan kali pertama (2 orang je pon pekerjanya), kitorang telah buat keputusan untuk tubuhkan blogshop yang lain khas untuk kaum-kaum hawa. so, yang kaum-kaum adam bolehlah terus melayari blogshop The Good Old Things tu. ini menunjukkan bahawa berlakunya satu anjakan paradigma untuk kami. Tahniah kami!! (sila tepuk tangan). Sekian terima kasih. 

So,

Kaum-kaum hawa sekalian. silalah klik di sini untuk tahu ape yang ade kat blogshop baru ni. dan jangan lupa untuk menjadi pengikut. terima kasih kepada cik hanim dan encik endy kerana menyokong kami. korang yang lain ape tunggu lagi. ok.

Selamat membeli-belah.



Friday, April 24, 2009

korang pernah tak rasa seronok tahap gaban..SYUKUR..

Hari ini 24 April 2009, merupakan hari paling seronok sekali bagi aku..setelah hampir 3 minggu menunggu keputusan pon dah keluar..hehehe..bukan ape pon..keputusan biasiswa Program Pembiayaan Pengajian Ijazah Lanjutan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua (Bajet Mini 2009) dah kuar..berdebar-debar je saat menunggu keputusan tu..hehehe..Mula-mula tu bff aku masuk bilik suruh check la keputusan PPPI tu (short form utk program pembiayaan tu sebab nama dier panjang sangat aku tak larat nak taip)..dengan perasaan seronok yang hampir pupus aku pon check la..ok aku taip no I/C aku..jeng..jeng..jeng..


After few seconds menunggu..huh..inilah hasilnya..TADAAA


Hohoho..seronoknya dunia aku..melonjak-lonjak keriangan..menggigil-gigil aku..sampai sekarang menggigil lagi..walaupun tak dapat seplo riban pon takpela..asalkan dier bayarkan yuran aku..lepas satu beban..ALHAMDULILLAH..tu je la perkataan yang aku sebut dari tadi..bersyukur sangat..dengan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia..tak sia-sia aku belajar penat-penat dengar cakap mak ayah..terima kasih tummitrim..hehehe..


ALHAMDULILLAH

Wednesday, April 22, 2009

Attention GIRLS!!!

kepada semua insan yang bergelar PELAJAR..dengar sini semua!!!

Final Exam??
Project??
Thesis?
PSM?
mesti korang tengah busy mengadap buku dan notes kan?
So,aku nak amik kesempatan untuk wish
GOOD LUCK kepada semua insan yang bergelar PELAJAR..
aku pon belum start study lagi ni..asik dok mengadap laptop hapdet blg and main pet society..hehehe..nota semua standby tepi je..tengok je la..ish..ish..ish..ape mau jadi daa?..takpe esok aku akan mulakan hari dengan membuat peta-peta minda yang menarik dan cantik dan tertarik..

Sem 2 ni aku hanya amik 2 exam je..1st paper aku dis Sunday, 26 April..pagi okay pukul 9pagi..hari ahad kan hari berehat kenapa la dorang nak buat exam time tu jugak..last paper on 2 May, Saturday..pon hujung minggu jugak..aku akan berusaha jugak sem ni..walaupun agak dah patah semangat sebab tak sabar nak kerja and kahwin..maklumlah kekasih hati hampir berumur..jangan marah ye..hehehe..
So, doakan aku berjaya dalam mengejar impian dan cita-cita aku..

..GOOD LUCK FRIENDS..

Thursday, April 16, 2009

THE GOOD OLD THINGS

Marilah berkunjung ke gerai kami The Good Old Things and Rebirth Chaos di BAZAAR JB di Legaran Segget belakang CIMB atau Maybank
Kami menjual pelbagai jenis barang baru dan terpakai..ada t-shirt, blouse, dress, vintage, bags, shoes, band t-shirt, LP, dan macam-macam lagi
Harga murah-murah je
Kalau mahal pon bley runding
Datang jangan tak datang
Marilah memeriahkan suasana di BAZAAR JB

Wednesday, April 15, 2009

16042009


16042009
..Hye peeps..
..Hari khamis ni aku ada presentation proposal thesis..
..Aku akan dinilai oleh dua orang yang pensyarah..
..Dr Norhani and Dr Salmiah..
..Doakan kejayaan aku, OK..