Wednesday, April 29, 2009

mari kita mulakan hidup BARU

dalam kesibukan pelajar-pelajar UTM menelaah sebab final exam dan sepatutnya aku di meja belajar dan belajar. tapi aku di meja belajar sibuk main internet. takpelah sekurang-kurangnya aku di meja belajar. 

justeru itu, ayuh kawan-kawan kita mulakan hidup baru.

oh ye.

sekadar untuk pengumuman. korang tahu kan aku ade blogshop. ala yang The Good Old Things tu. so, nak inform la ni. kitorang akan buat pecahan (okay dah macam matematik). sebab aku rasa macam serabut plak blogshop kitorang. biasalah kitorang pon wat perniagaan perkongsian. klu dah nama perkongsian kenalah berkongsi kesemuanya. setelah mengadakan mesyuarat agung tahunan kali pertama (2 orang je pon pekerjanya), kitorang telah buat keputusan untuk tubuhkan blogshop yang lain khas untuk kaum-kaum hawa. so, yang kaum-kaum adam bolehlah terus melayari blogshop The Good Old Things tu. ini menunjukkan bahawa berlakunya satu anjakan paradigma untuk kami. Tahniah kami!! (sila tepuk tangan). Sekian terima kasih. 

So,

Kaum-kaum hawa sekalian. silalah klik di sini untuk tahu ape yang ade kat blogshop baru ni. dan jangan lupa untuk menjadi pengikut. terima kasih kepada cik hanim dan encik endy kerana menyokong kami. korang yang lain ape tunggu lagi. ok.

Selamat membeli-belah.



Tuesday, April 28, 2009

berehat sebentar bersama-sama KIT KAT

saya

PENAT

saya

LETIH

sebab

tolong kekasih hati pindah rumah

justeru itu,

saya

mahu

BEREHAT

sepuas-puasnya

Sunday, April 26, 2009

SEJUK tak??



Akhirnya, lepas satu beban..aku baru je selesai exam..minggu depan ade lagi satu paper..paper last..aku malas nak bebel panjang..mahu rehat dengan tenang sambil tengok video yang 'Baik Punya' seperti tagline Dafi..hohoho..

So.

Enjoy this video guys.



Sehingga berjumpa lagi di lain entri.

Selamat Malam.

Saturday, April 25, 2009

Korang rasa TOMOK leh jadi juara OIAM tak?

Entri kali ni takde pon kaitan dengan tajuk kat atas tu..cuma nak kongsi cerita je..semalam aku, hanim, ayan dan lilis pergi jumpa kawan lama kitorang Aca dekat restoran Alif kat Taman U ni..lama tak jumpa aca..dah nak kahwin pon kawan aku sorang ni..oh ye tahun 2009 ni ramai betol kawan-kawan aku yang nak kahwin..Aca, rumet aku, lilis pon dah nak kahwin..pastu kawan aku masa PLKN, ili pon dah nak kahwin jugak..TAHNIAH ye korang..semoga segala erancangan berjalan dengan lancar dalam meniti hari-hari bahagia..


Bile cerita bab kahwin ni mesti orang ingat aku dah menggatal sangat nak kahwin..takde maknanye kak jah oi..belajar pon tak abis lagi..nak cari kerja tetap lagi..ingat kahwin senang-senang nak buat loan ke pastu kahwin..tak kak jah..macam2 benda kena pikir..

Huh..

Aku pon lambat lagi nak berlangsung..walaupun kekasih hati hampir mencecah angka 3 dihadapan (tapi lagi 2 tahun la) tapi takla aku kahwin dalam masa yang terdekat ni..relaks r..muda lagi..bak kata mak aku enjoy dulu..masa muda remaja ni..kumpul duit dulu dah stabil baru la pikir nak kahwin ke tak..lagi la aku ni anak sulung dan la tu sorang je pompuan..nak kena senangkan family aku, tolong mak dengan ayah, adik-adik aku..dah la sumernye lelaki..kalau ringan tulang takpela jugak..nak mintak tolong pergi kedai pon nak mintak upah..ape ingat mama dengan baba tu cop duit ke?


Haish..

Lagipun zaman moden ni, umur bukan pengukur seseorang tu kena kahwin..bujang terlajak la andalusia la (singkatan bagi anak dara lanjut usia okay)..tidak ye kawan-kawan..kalau dah jodoh korang cepat kahwin la..kalau lambat pon tak payah susah hati okay..Tuhan tu maha adil DIA dah tetapkan jodoh korang..tapi kalau dah jodoh tak payah la jual mahal pulak..takut nanti kalau jual mahal orang dah malas plak nak layan..tapi janganlah sampai menyakitkan or melukakan hati orang lain..buatnye kena mandrem dah susah..zaman sekarang ni macam-macam leh jadi..jagalah diri korang baik-baik..kalau kita pon tak pandai jaga diri macam mana nak jaga anak orang..betul tak?


Ok sehingga berjumpa lagi di lain entri..



Aku nak sambung study..esok exam..huhuhu..

Friday, April 24, 2009

korang pernah tak rasa seronok tahap gaban..SYUKUR..

Hari ini 24 April 2009, merupakan hari paling seronok sekali bagi aku..setelah hampir 3 minggu menunggu keputusan pon dah keluar..hehehe..bukan ape pon..keputusan biasiswa Program Pembiayaan Pengajian Ijazah Lanjutan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua (Bajet Mini 2009) dah kuar..berdebar-debar je saat menunggu keputusan tu..hehehe..Mula-mula tu bff aku masuk bilik suruh check la keputusan PPPI tu (short form utk program pembiayaan tu sebab nama dier panjang sangat aku tak larat nak taip)..dengan perasaan seronok yang hampir pupus aku pon check la..ok aku taip no I/C aku..jeng..jeng..jeng..


After few seconds menunggu..huh..inilah hasilnya..TADAAA


Hohoho..seronoknya dunia aku..melonjak-lonjak keriangan..menggigil-gigil aku..sampai sekarang menggigil lagi..walaupun tak dapat seplo riban pon takpela..asalkan dier bayarkan yuran aku..lepas satu beban..ALHAMDULILLAH..tu je la perkataan yang aku sebut dari tadi..bersyukur sangat..dengan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia..tak sia-sia aku belajar penat-penat dengar cakap mak ayah..terima kasih tummitrim..hehehe..


ALHAMDULILLAH

Thursday, April 23, 2009

tinggal 2 HARI lagi

.huh.
.setelah 4 hari.
.baru hari ni aku terasa sakit.
.sakit pinggang.
.sakit kaki.
.sakit otot.
.sengal badan.
.tapi.
.aku kena kuat.
.tinggal 2 HARI lagi.
.final exam.
.paper pertama.
.jom mengadap.
.ayuh berhibernasi.
.huh.


notakakiayam: tak baik mengeluh..sabar je la..selamat malam..

Wednesday, April 22, 2009

Attention GIRLS!!!

kepada semua insan yang bergelar PELAJAR..dengar sini semua!!!

Final Exam??
Project??
Thesis?
PSM?
mesti korang tengah busy mengadap buku dan notes kan?
So,aku nak amik kesempatan untuk wish
GOOD LUCK kepada semua insan yang bergelar PELAJAR..
aku pon belum start study lagi ni..asik dok mengadap laptop hapdet blg and main pet society..hehehe..nota semua standby tepi je..tengok je la..ish..ish..ish..ape mau jadi daa?..takpe esok aku akan mulakan hari dengan membuat peta-peta minda yang menarik dan cantik dan tertarik..

Sem 2 ni aku hanya amik 2 exam je..1st paper aku dis Sunday, 26 April..pagi okay pukul 9pagi..hari ahad kan hari berehat kenapa la dorang nak buat exam time tu jugak..last paper on 2 May, Saturday..pon hujung minggu jugak..aku akan berusaha jugak sem ni..walaupun agak dah patah semangat sebab tak sabar nak kerja and kahwin..maklumlah kekasih hati hampir berumur..jangan marah ye..hehehe..
So, doakan aku berjaya dalam mengejar impian dan cita-cita aku..

..GOOD LUCK FRIENDS..

Tuesday, April 21, 2009

Perempuan Simpanan dan Kacip Fatimah


..Perempuan Simpanan dan Kacip Fatimah..

huhuhu..aku mau kedua-duanya..tapi apakan daya..duit kat akaun aku tidak mencukupi untuk beli buku ni..cukup la tapi aku nak guna duit tu buat bayar bil telefon..kalau tak nanti kena blocked..hehehe..mungkin aku akan meroyan tahap gaban sebab masih tidak dapat memiliki buku ni..oh Pipi dan Sindiket Souljah yang lain..harap-harap ada la rezeki aku..
janganlah sold out dulu ye..

Monday, April 20, 2009

sePAGI di ZOO JOHOR


Hye everybody..korang mesti dah lama tak pergi zoo kan??especially orang-orang johor..


2 weeks ago, me, hanim and my roomate, lilis pergi buat lawatan sambil belajar kat ZOO JOHOR..hahaha..saje je jalan-jalan tengok haiwans..kalau tak silap aku last time pergi zoo masa zaman sekolah tadika..almost 17 years..huh..well, memang banyak sangat perubahan yang berlaku..

Zoo Johor dah tak macam dulu lagi..macam bosan je tengok..tapi sekarang, dah cantik, teratur, dan bersih..haiwan pulak ada harimau, singa, burung-burung, gajah, tapir, unta, monyet, beruk banyak lagi la..aku ingat dah takde lagi orang nak bawak family datang melawat zoo..tapi masa kitorang pergi tu ramai family siap bawak atok dengan nenek lagi..bukan orang Malaysia je..orang Indonesia siap bawak anak-anak lagi..

Budak-budak memanglah seronok pergi zoo..kitorang pon seronok jugak..macam jakun pon ade jugak..ala..masa kecik-kecik mana la ingat haiwan-haiwan ni semua..perasaan gembira tu lain..macam lebih seronok cikgu bawak jalan-jalan..tapi bila dah dewasa ni, seronok tengok haiwan-haiwan ni and dapat belajar something..tak banyak pon sikit jadilah kan..

Sebenarnya, aku dah tak tahu kat mana lagi nak jalan kat JB ni..nak pergi shopping duit takde..so, daripada aku buang masa lepak, window shopping ada faedahnya aku bawak kawan-kawan aku yang dari luar johor ni jalan-jalan..oh ye lepas kitorang pergi zoo, kitorang pergi Muzium Johor pulak..gambar takde sebab kat muzium tak boleh amik gambar..

Kepada warga-warga Johor, kalau ada masa yang terluang singgah-singgah la kat Zoo and Muzium ni..bukan mahal pon bayarannya..setakat RM2 masuk Zoo Johor and RM4 masuk Muzium Johor..OK la tu!!

Thursday, April 16, 2009

THE GOOD OLD THINGS

Marilah berkunjung ke gerai kami The Good Old Things and Rebirth Chaos di BAZAAR JB di Legaran Segget belakang CIMB atau Maybank
Kami menjual pelbagai jenis barang baru dan terpakai..ada t-shirt, blouse, dress, vintage, bags, shoes, band t-shirt, LP, dan macam-macam lagi
Harga murah-murah je
Kalau mahal pon bley runding
Datang jangan tak datang
Marilah memeriahkan suasana di BAZAAR JB

Wednesday, April 15, 2009

16042009


16042009
..Hye peeps..
..Hari khamis ni aku ada presentation proposal thesis..
..Aku akan dinilai oleh dua orang yang pensyarah..
..Dr Norhani and Dr Salmiah..
..Doakan kejayaan aku, OK..

Thursday, April 9, 2009

.hari melawat dan merawat.

Semalam aku demam..hari ini aku mengambil keputusan untuk berjumpa doktor..dengan ditemani miss H..thanks beb teman aku..dah lama aku tak melawat pusat kesihatan ni..rindu kat misi and doktor yang ade..huhuhu..pusat kesihatan UTM ni takdelah jauh mana pon dari fakulti aku..tapi nak menunggu bas mcm haram..agak lama jugak lah menunggu bas..nasib baik aku tak berapa nak sihat..dah give up jugak lah..tapi gagahkan diri jugak..

Akhirnya sampai jugak aku kat Pusat Kesihatan UTM..
mengikut prosedur kenalah daftar dulu ambil no..tadaa orang yang ke-136..skrin menunjukkan sekarang giliran pesakit yang ke-117 kot..

selesai sesi rawatan bersama doktor Omar..aku pon pergi ke farmasi untuk mendapatkan ubat-ubatan..ada 5 jenis ubat aku kena makan..
  • ubat batuk,
  • panadol,
  • ponstan,
  • ubat selsema dan
  • antibiotik
    ..kena telan dan minum..huhuhu..takpelah nak sembuh punya pasal..
kepada kawan-kawan..jagalah kesihatan anda baik-baik..dan semoga aku cepat sembuh..

Wednesday, April 8, 2009

.I am not feeling well.



hari ni aku DEMAM
tak berapa nak sihat
sakit tekak
selsema
pening kepala
miss H pegi dating dengan Mr. S
miss L and miss A pergi kenduri doa selamat
tinggal aku keseorangan duduk dalam bilik
huhuhu

Tuesday, April 7, 2009

Blueberry Cheese Tart..kegemaran..

..Yumm..yummy..
..sedap gile dis cheese tart..
..this is my favourite..
..semalam mak kekasih hati bagi cheese tart ni..
..sangatlah sedap..
..i hope 1 day i can learn how to make dis blueberry cheese tart..
..yela kn boleh save sket duit tak payah nak upah-upah orang lagi..
..tapi disebabkan keadaan yang sangat sibuk dan tidak mengizinkan tak dapatlah nak belajar buat masa yang terdekat ni..
..maklumlah duduk hostel takkan nak bawak oven plak masuk bilik kan..
..tunggu cuti sem nanti la..
..orait itu saja untuk entri kali ni..
..sehingga berjumpa di lain entri ok..




Friday, April 3, 2009

Selamat Ulang Tahun SAYANG


31.
03.2009


Selamat SATU Tahun Sayang

Aktiviti kami meraikan ulang tahun perkenalan adalah seperti berikut:
  1. Hari kami dimulakan dengan aktiviti di bengkel..sampai terlelap aku tunggu
kereta nak siap bikin..
2. Kami terus gerak ke Batu Layar
3. Lepas tu pulang ke Johor Bahru singgah Pesta Konvo UTM lagi..bukak hadiah..test hadiah..
Thanks sayang for everything..i really love the shoes..nnti i pakai okay..
saya sayangkan awak!

Thursday, April 2, 2009

Hujung minggu lalu: hari bersama keluarga kekasih hati


Hujung minggu lalu, hari bersama keluarga kekasih hati:
  1. Mula-mula kitorang pegi nagoya nak cari kain untuk si kecik maheera..cari english cotton..sgt comel bunga-bunga di kain tersebut..pastu kitorang singgah la cash converter kot ade barang yang menarik dan murah..tp hampeh..mcm makin sempit je kedai tu..barang pon xbanyak yang baik..
  2. Kitorang teruskan perjalanan, ke Gulatis kat angsana..kali ni nak cari kain kakak kepada maheera..banyak kali jugak mak endy nak belanja aku kain..tapi segan la..tapi terima juga la akhirnya..thanx auntie!!!intan sayang anak auntie..hahaha..mata aku naik juling jugak cari kain kat kedai ni..kain memang cantik-cantik..harga pon cantik jugak..kitorang cari kain ni untuk wedding spupu endy bulan 8 ni..tema adalah warna lilac..aku pon tak berapa nak paham sangat jenis lilac ni camne..last-last aku pilih corak bunga-bunga jugak yang agak menarik warnanya..dan free kain untuk lining..yeay..so, kami dah berjimat di situ..
  3. Lepas penat mencari kain, kitorang singgah ke rumah jimmy spupu endy..adik jimmy yang bakal kahwin bulan 8 ni..kitorang melawat wife jimmy, kak ayu yang selamat melahirkan anak perempuan yang sangat comel dan diberi nama Hana..4 huruf sahaja..takde nor ke, nur ke, siti ke, sharifah ke tak de okay..panggil Hana je..simple and comel..
  4. Aktiviti aku tak berhenti dekat situ, kitorang pulang ke rumah kekasih hati sebab dah nak maghrib..lepas solat maghrib, aku, kekasih hati dan parent dier pergi dinner dekat Restoran Tip Top..makan ikan bakar, ketam kecik goreng tepung, pastu ada otak-otak kegemaran ramai..sangatla mengenyangkan dan mengembungkan perut aku yang dh sedia kembung..
  5. Malam aku diakhiri dengan aktiviti menonton Battle of the Bands dekat UTM sebab ade Pesta Konvokesyen yang ke-41..tak silap aku la..sangatla bosan..sebab sound tak best..band pon tak best macam tahun-tahun sebelum ni..persembahan oleh Zubira dan bandnya..sebab Zubira jadi juri malam tu..
Begitulah cerita aku pada hujung minggu..penat tapi sangat menyeronokkan..oh ye aku lupa nak bagitahu kisah sedih sebelum tu..huhuhuhu..takpela tak baik cerita sedih-sedih ni..baik kite cerita benda yang menyeronokkan betul tak??

Okay, sekian saja untuk entri kali ni..nasihat aku kepada pembaca, jangan lupa save korang punya assignment (kepada yang masih belajar) dalam banyak copy..jangan simpan kat pendrive je..simpan kat doc, local disk c or d..semualaa..ok itu saja pesanan dari pihak penaja..sehingga jumpa di lain entri..

Selamat malam..

Wednesday, April 1, 2009

new PRE-LOVED items

BLUEberries

green VOIR

Peachy PEACH

..orait peeps..
dh lama rasanye aku tak upload pre-loved item ni..aku nak jual semua baju-baju ni..maklumlah budak belajar nak pakai duit untuk makan..huhuhu..so, kepada sesiapa yang berminat boleh layari our blogshop at the-good-old-things.blogspot.com..all the info about dis items ada kat sana..after dis we got lots of new items to be upload..we got dress, blouse, skirt, band shirts and many more..
..thanks peeps..