Saturday, December 11, 2010

Take A Stand vs Narnia 3



Dah lama rasanya aku tak pergi gig..semalam folo kekasih hati dia nak pergi tgk gig kat embrace hall..Rm 10 je..ramai jugak yang datang..4 band yang main iaitu Dead Pits, HC band from Jakarta Indonesia, Inflict, old school HC from Kota Tinggi, dan 2 band aku pun tak pernah tengok dorang perform Crxssline and Through our Lungs..semua band HC mcm kelakar je aku layan HC tapi layan kan je..best jugak..bring back the old days..

Lepas layan gig, kitorang terus g CS tgk wayang layan cite ini..Tadaaa..


The Chronicles of Narnia 3: The Voyage of The Dawn Treader..BEST!!..full of magical and spells..tapi Susan and Peter takde lagi mungkin sebab dorang dah besar kot..yang best ade watak baru cousin kepada Lucy and Edmund nama dia Eustace..sgt annoying budak ni..tapi tak sangka pulak watak dia besar dalam cite ni bley jadi naga..so, aku rekemen la korang tgk cite ni..

Enjoy!!

Thursday, December 9, 2010

LOVE is in the air

Bercinta..BEST!! tapi kalau gaduh tak best langsung..kalau gaduh atau ada masalah, berbincang adalah jalan penyelesaian yang terbaik..sebab masa berbincang masing2 akan luahkan pendapat sendiri..masa tu jugaklah kita akan sedar betul ke tidak tindakan bergaduh tu..

Semalam bergaduh dengan kekasih hati..alhamdulillah semua dah selesai..hubungan kitorangpun dah 2 tahun 8 bulan..perangai masing-masing pun dah kenal..memang kitorang kalau gaduh tak lama..paling lama berapa jam je kot..hahaha..baik tak payah gaduh ngengada betol..

Tapi, adat bercinta dan berkasih takkan semuanya indah..mesti punya akan gaduh..sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri..tapi aku dgn kekasih hati la belum sah suami lagi..kalau tak gaduh tak ceria..sebab kalau gaduh perasaan sayang makin bertambah..tiap hari sayang..

" We won't stop till its over, won't stop to surrender " - Izwan Fandi Mohaini


Wednesday, December 8, 2010

Remuk






HANCUR


















HATI











:'(



Tuesday, December 7, 2010

Air Mata = Sedih


Betul ke perempuan selalu menangis tanpa sebab??

Tapi kalau takde sebab buat ape nak nangis betul tak??

Ada sebab mungkin ssh nak tafsir..sebab kita je yang faham perasaan sendiri..susah orang lain nak faham perasaan kita yang tengah sedih ni..

Bile kita ckp sebab sedih, kena marah balik..bertambah sedih..

Salah ke aku bersedih??

huh

Wednesday, December 1, 2010

Disember

Salam Semua,

Sudah sekian lama aku tak hapdet blog..Nah amik kau..

Cite pasal bulan Disember..bulan yang penuh dengan aktiviti bagi aku tahun ni..daripada aktiviti kerja sehinggalah keluarga..untuk diri sendiri??hurmm..

3 hb - sepupu aku Ayun (Khairunnisa Khairuddin) bertunang.. Selamat Bertunang Ayun dan Omar!

4hb - Majlis perkahwinan room mate ku semasa aku sama2 belajar kat UTM dulu..Noor Zahidah atau kitorang panggil akak je dengan classmate aku Fizi..Tahniah kak..Selamat Pengantin Baru!

5hb - Bercuti ke Tropical Village bersama kekasih hati dan adik tersayang..lepas tu pegi wedding kawan kekasih hati kat kluang..lepas wedding pulak lepak kat KTM Kluang makan roti bakar dengan kopi ais..Masyuk!

7hb - AWAL MUHARAM..pegi piknik dengan kak suhara, faida, ira dan kak falis kat Hutan Bandar JB je..hehehe..

8hb - Happy Birthday buat sepupuku Noh dan Yana..

14hb - My Birthday..hehehe..

17hb - Birthday Abah kekasih hati..aku pulak ade keje kat PWTC buat marketing program sampai 19hb..

18hb - Birthday Mama..sedey sebab masa ni aku kat PWTC buat marketing

23hb - Birthday Baba..insyaallah aku dan adik2 akan celebrate birthday mama dan baba together..yeah1

25hb - Cuti krismas..plan pegi SKA Fest kat melaka..cambest kan..

31hb - Bye bye 2010

Busy tak..penuh rasanya semua weekend..aku berdoa agar impian aku sepanjang 2010 ni tercapai..kalau tak semua pun sikit jadilah..dan impian aku sejak 2008 mcm tak tercapai2 je rasanye..mcm ni??hampeh betol la ko ni..hahaha..


Friday, August 6, 2010

Selamat Berpuasa!!

Hari ni merupakan hari kesebelas umat islam berpuasa..alhamdulillah..bulan puasa mengajar kita sebagai umat islam bersabar..bersabar tengok makanan yang nampak sedap tapi xsedap bila dah makan..mata, mulut, telinga, tangan, kaki semua anggota nak kena jaga..kalau membebel agak2 kurang xpahala puasa ek?

Wednesday, July 21, 2010

My WISHLIST for 2010

Sejak dah bekerja, ada duit sendiri macam2 nak buat, jadi aku buat keputusan buat senarai yang perlu dicapai bagi tahun 2010 ni..

1. Lesen kereta
Yes!!Finally, aku dapat jugak lesen P..dah sebulan lebih aku dapat lesen setelah bertahun2 aku delayed amik lesen kereta..pastu rasa macam loser giler member2 semua dah ade lesen tapi aku takde lagi..tapi sekarang tidak lagi ye kawan2..kalau korang datang JB aku boleh bawak korang jalan2..tapi text dulu..biasalah busy women ni..hehehe..

2. Kereta
Kalau dah ade lesen kereta mestilah nak ada kereta..memang dari dulu aku dah plan kalau dapat lesen aku nak terus beli kereta..alhamdulillah, aku dah ade kereta sekarang ni..hasil bekerja hampir 9 bulan..at least nampaklah hasilnye..duit tak hilang ke mana kan..aku beli kereta biasa, cukuplah boleh bawa aku ke mana-mana, bonet besar, selesa dan yang penting bulan2 takdela mahal sgt nak bayar kan?

3. Camera
Kesian kan..orang dah pakai DSLR, lomo..tapi aku hanya beli compact camera..ade aku kisah..yang penting boleh amik gambar aku banyak2..hehehe..nak beli Leica tak mampu..beli Lumix with Leica Lens je la..ok ape?

4. Upgrade Handphone
Hehehe..masih tak tercapai lagi..aku masih tak tahu nak beli handphone ape sebenarnye..hp lama dah semakin buat hal..jadi sebelum lebih teruk aku akan usaha juga supaya dapat tukar..so, ape ye? Blackberry? Iphone? E72? Kompius..

5. Mini Notebook
Sangat diperlukan tetapi bukan kepentingan buat masa ini..nak beli yang comel sikit senang untuk dibawa ke mana-mana..tak perlu guna bag laptop..masuk dalam handbag pun boleh..lagipun senang kalau nak buat kerja kat rumah..Broadband dah ade..Notebook pun dah ade..cuma mini notebook je belum ade lagi..any suggestions anyone?
VAIO? DELL? ACER? or HP?

6. Cooking and Baking Class
Aku memang tak mahir memasak..dan sangat malas memasak..rugi siapa dapat aku sebenarnya..sebab tu la ramai lelaki reject aku..hahaha..sori kekasih hati..tapi kamu tahu itu..at least i pernah buat spaghetti bolognese untuk u kan? Sedap tak? hahaha..
Baking class pulak..seriously aku nak sangat belajar buat kek, hias kek..Sesiapa ade cadangan sekolah memasak mana bagus kat JB ni?

7. Sewing Class
Memang teringin sangat nak pegi kelas menjahit..at least dapat belajar buat baju kurung pun ok la kan? biaselah aku cepat bosan dengan baju2 aku..hehehe..tapi tak tahulah kat jb ni cikgu jahit mana yang bagus..bukan ape mana tahu esok kalau susah at least ada kemahiran jugak boleh buat duit tepi kan?

8. Purple or Black/White Bedroom
Insyaallah akan diusahakan..sekarang kami sekeluarga dalam fasa mengemas rumah yang bakal dihuni..lately, aku sangat rajin membeli majalah ID..cari ilham, dan boleh jugak tolong mama hias rumah..biaselah rumah baru kalau boleh semua benda nak baru..tapi kami orang biasa saje..jadi beli ape yang patut je la..mama pun dah bising bile nak cat rumah? siapa nak tolong aku cat rumah? nanti aku belanja makan kat Secret Recipe..*harap2 kekasih hati angkat tangan..

9. Engagement
Mungkin bukan tahun ini tapi tak tahulah tahun depan..tahun ni turn adik aku..mama cakap tak baik adik beradik tunang tahun sama..ok ma kakak mengalah..plan nak tunang 10.10.10 tapi tarikh tu cousin kekasih hati kahwin and adik aku pulak tunang..so, tengoklah macam mana..pasni kalau jumpa aku tak payah tanya lagi bile nak tunang or kawen k..jawapannya Insyaallah tahun depan..

10. Family Vacation
Yup! Impian aku dapat bawak family aku jalan2, bercuti ke tempat-tempat menarik di Malaysia..Sama ada Sabah atau Penang..Aku dah pernah pegi Sabah tapi Penang belum lagi..Terengganu pun ok jugak kan? banyak pulau2 menarik..hurm..kumpul duit dulu baru decide nak pegi mana..harap2 termakbul..

Aku harap kesemua impian aku akan tercapai tahun ni

..Aminnn..

Monday, July 19, 2010

J U L A I vs J U L Y


Hello Julai!!

Macam-macam berlaku bulan julai ni..setiap minggu aku busy..kenduri la, orang kawen la pastu mcm2 event ade kat jb bulan ni..otak pun dah kering dah takde idea nak hias blog aku ni dengan cerita menarik..so, aku decide untuk cerita tentang apa yang berlaku sepanjang bulan julai ni..ok tak?


Minggu pertama Julai

1 July - Sibuk dengan pendaftaran pelajar PG baru..sebagai ahli Bakesis, kitorang organize satu event iaitu Explore-Walk-Run, unfortunately hujan turun dengan lebat so kitorang hanya campus tour by bus je.. :'(

3 Julai - Besday adik aku yang no 3..nama diberi Muhd. Shazwan bin Zukifli a.k.a BOB..dah mencecah 17 tahun..tahun ni amik SPM..nasib baik aku takde janji dier ape2 lagi.. ;-p


5 July - Gotong royong perdana UTM..semua orang kena pakai baju hijau..go green kononnya..sambutan seluruh kampus sangat memberangsangkan..semua orang bersemangat mengemas kawasan masing-masing..ada yang cabut rumput, mengecat, kutip sampah etc..ke arah kelestarian kampus..promote sket..



Minggu kedua July

8 - 11 Julai - Pendaftaran pelajar baru lagi kat KL..seronok sebab dapat jalan2..dah lama tak shopping kat KL..oh ye..malam minggu tu aku dan kekasih hati melawat I-City, Shah Alam..terpengaruh dengan blog cik nadiabayu..cantik sangat lampu2 kat situ..dahla orang ramai sangat..padahal tengok lampu je..tapi ini lampu bukan sebarang lampu tau..seni lampu namanya..nah pic2 aku dan kekasih hati di I-City..

siang
malam

14 July - Selamat Hari Jadi buat rakan baikku, Azila Aji..Semoga ceria dan gembira selalu ila!!!


16 Julai - GEGO JOHO di Bukit Timbalan..happening giler..dah lama tak pegi event macam ni..ala2 KL Urbanscapes gitu..ada junk sale, busking and open mic, bands, etc..more than 70 shops jual pre-loved item and also new items, DIY etc..malay, chinese and indian semua datang memeriahkan majlis..foreigner pun ada...bands pulak yang ada Dewata, Radio Antic, Redemption and Plague of Happiness..memang full of happiness la malam tu..


17 July - Kenduri di kg..seronok sebab time ni la dapat kumpul sedara mara..pastu semua kemaruk dah ada facebook suruh add..hehehe..


Minggu ketiga Julai..


Akan disambung entri akan datang ok!


Tuesday, June 8, 2010

Malam Minggu di Johor Bahru

Malam minggu yang lalu di JB memang best..aku dan kekasih dan pakcik dan makcik dan sepupu dan kawan pergi konsert Double Trouble Search vs Wings..Hebat!! barulah JB rock city!! Tiket tak mahal RM70 untuk konsert 9pm sampai 1am..puas hati tahap maksima..

teruja tak?


Kursus Induksi Siri 1/2010

Aku baru je selesai berkursus..biaselah kerja kerajaan ni kena pegi kursus induksi kalau tak nanti tak bley sah jawatan..banyak yang aku belajar daripada kursus ini..dah mcm2 pekeliling, perintah am, paling best sekali tajuk pasal kewangan, elaun dan cuti..hehehe..

Minggu pertama mcm boring sket dah la kena dtg before 7.30 am..biaselah masa tu mood masih di rumah dan otakfikir banyak gile keje kat opis kena buat..tapi bos aku pesan takpe amik peluang ni berehat and belajar kalau tak sampai bile2 aku pon tak tahu pasal peraturan..keje pun dah 6 bulan lebih tapi satu rules pun aku tak khatam lagi..hehehe..

Kursus Induksi ni lama 3 minggu dari 17 Mei hingga 4 Jun..nasib baik die buat office hour..so dari 7.30 am sampai 6. 30 pm..macam2 aktiviti kitorang buat..individual and group assignment, pertandingan sudut kreatif, presentation group, public speaking, banyakla..aku join group pengurusan dan profesional so dalam group aku kebanyakan tutor dan lecturer..tapi masa riadah ade jugak join dengan groups sokongan..

At the end of this courses, aku sangat berpuas hati sebab group kitorang bolot semua hadiah tempat pertama..daripada sudut kreatif, presenttation, best speaker for public speaking and mlm kebudayaaan..puas hati giler la..jangan sangka group kitorang ni skema eh padahal lagi sengal dari group sokongan..hahaha..


Tak kira la siapa kita, ade pangkat Prof, Dr, Pegawai atau staf biase tapi hakikatnya kita ni semua manusia biasa. . pangkat tu sementara je tapi kalau kita ni tinggi budi pekerti orang akan kenang sampai bile2..jangan sangka orang atasan jahat dan orang bawahan baik begitu juga sebaliknya..pokok pangkal pada diri kita juga..

Saturday, April 3, 2010

selepas enam bulan...


wah rindu rasanya dah lama tak berbelog..rs kekok menghantui diri..idea pun semakin tandus..

6 bulan aku menyepi..biasalah dah masuk alam pekerjaan ni..takde masa nak hapdet blog plus broadband pun kena pinjam tapi takpe..hasil titik peluh bekerja 6 bulan ni aku tambah lagi 1 broadband so lepas ni xde masalah lagi la nak berbelog.. :-)

macam2 benda berlaku sepanjang 6 bulan ni..nak cite panjang lebar plak..takpelah nnti aku hapdet gambar2 je la..

ok itu saje mukadimah untuk hari ni.

jumpa di lain entri.

adios.