Friday, February 27, 2009

PERGINYA SEORANG PUTERI



..PUTRIWANI MD SALIM..
..arwah telah meninggalkan kita semua pada 26 Februari 2009 jam 12 tghari..
..jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kangkar Pulai selepas solat asar..
..semoga rohnya dicucuri rahmat-NYA..
..salam takziah buat keluarga arwah wani..

..wani..
..aku akan merindui kau..dan sentiasa merindui kau..gelak tawa kau..suara kau..kau pernah bgthu aku..aku ni 100% mcm kau..perangai kita sama je kn..kita banyak kongsi cerita, masalah, barang2..kau mmg seorang pendengar yang baik..aku xthu lepas ni nak share dgn siapa lg..tinggal la aku, bell, bilo dan zana..setiap kenangan kita xkan aku lupakan..terima kasih sebab pernah menjadi teman yang baik sepanjang kita berkawan..maafkan aku wani sbb xmelawat kau waktu ko kritikal..aku akan sentiasa doakan semoga roh kaudicucuri rahmat oleh-NYA..

AL-FATIHAH

Wednesday, February 25, 2009

selamat ulang tahun sayang


SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN
YG KE-23 TEMAN!!


HAPPY BIRTHDAY TO YOU


HAPPY BIRTHDAY TO YOU


HAPPY BIRTHDAY TO WANI & NAJWA


HAPPY BIRTHDAY TO YOU

Tuesday, February 24, 2009

Gadisku dalam KOMA


Gadisku Dalam Koma by The Times..

gadisku dalam koma,
seriuskah keadaannya,
gadisku dalam koma,
seriuskah situasinya,

dengarlah lagu ini bila sedar,
betapa pilu, tangisku,
ku berikrar takkan ingkar,
mogakan sembuh segera,
maafkanlah, diri ini jika pernah,
salah dan silap dengan mu,

ku berdoa ke atasmu,
moga kau pulih semula.


bintang kecik~wani dalam keadaan kritikal sekarang ni..aku berdoa agar wani cepat sedar..wani jangan patah semangat..esok besday ko aku dtg melawat ye..ko mesti bangun tau..

Monday, February 23, 2009

PUTRIWANI MD SALIM

Minggu lepas, aku menghubungi kawan baikku yang hampir 4 tahun tak berjumpa..nabilah a.k.a bilo..biasalah kalau dh lama tak jumpa macam2 cerita yg nak sembang..pompuan la katakan..sembang punya sembang..mesej punya mesej..tetibe rasa nak jumpe kawan2 yang lain..so, kitorang pon decide nak jumpe hujung minggu ni..kita hanya merancang tapi ALLAH yang menentukan..hari khamis yang lepas, 19 Feb, aku mendapat khabar berita yang agak buruk..salah seorang kawan baikku, PUTRIWANI a.k.a WANI telah koma dan dimasukkan hospital di wad CCU..hari ini genap 5 hari wani tak sedarkan diri..3 minggu yang lepas, wani dimasukkan hospital akibat migrain dan juga gastrik..tapi penyakitnya tak juga sembuh2..doktor cakap wani tertekan akibat kerja..dah berubat kampung pon masih xsembuh jugak..tetibe hari khamis tu dier pengsan dan kini sedang koma..bila aku tanya mak dengan ayah dier, dorang cakap wani diserang radang otak..tapi bukan brain tumor..dorang ckp len..ntahla aku pon tak tahu bukan aku pakar pon hal2 ni..aku dan kekasih hati, zana, bilo, bell, mala, aziera pegi melawat wani di hospital..hari pertama aku pergi, aku masih dapat mengawal air mata lagi tapi bila malam, aku teringatkan wani..dier orang yang ceria..sentiasa buat kawan2 ketawa..seorang kawan yang suka menolong kawan lain bila dlm kesusahan..seorang pendengar yang setia..tapi bila dier dah koma, aku terasa kehilangan..keesokan harinya, kawan2 ku yang lain semuanya datang melawat wani..aku sempat berbual dengannya..walaupun wani tak sedarkan diri tapi dier masih boleh mendengar..

Wani, aku ni intan..bilo, zana, bell, mala, lembik semua datang tengok ko..kite baru je plan nak jumpe hujung minggu ni..tapi nape leh jadi macam ni?wani bangunlah..ceria semula..jangan putus harapan..bangunlah wani..


Air mata mengalir dengan maha laju..kali ni aku tak dapat nak control lagi..macam tu jugak dengan kawan2 yang lain..pertengahan bulan 3 ni sepatutnya wani dan tunang..persiapan semua dah buat..tapi sekarang ni dier dah terlantar..doktor cakap keadaan dier sekarang 50-50..kitorang sume tak dapat buat pape..hanya mampu doakan semoga wani cepat sedar dan jalani kehidupan seperti biasa..

Kepada kawan2 yang ada terbaca entri aku ni..aku berharap korang akan doakan semoga kawan baikku, Putriwani Md Salim cepat sedar..berkat doa korang semua, Insya-ALLAH wani akan sedar..kepada rakan2 yang mengenali wani, kalau ade kesempatan pegi lah melawat dier..kawan sekolah wani, sekolah tmn U, sekolah teknik perdangangan, kolej cybernetics, kawan sekerja, dan kawan2 yang lain..maaf tak dapat bagitahu awal2 dan tak dapat hubungi korang semua..harap korang semua faham..

Wani, aku dan kawan2 sume doakan ko cepat sedar..kitorang semua rindukan ko..25 Februari ni kan besday ko, mesti ko nak sambut dengan org tersayang kn?jangan putus harapan ye wani..ko kena kuatkan semangat..aku, bilo, bell, zana, keya, pye dan kawan2 lain semua doakan ko cepat sedar..cepat sedar ye wani..

Thursday, February 12, 2009

JB BAAZAR

JB BAAZAR (Flea Market)

Tarikh: 13hb & 14hb Februari 2009 (Jumaat & Sabtu)
Masa: 7.00 mlm hingga 12.00 tgh mlm.
Tempat: Legaran Segget, Johor Bahru, Johor.

Kami (The Good Old Things & Rebirth Concept Store) ada menjual baju-baju band yang rare, dress wanita, blouse, kasut, CD dan piring hitam terpakai. Datang la melawat kami di sini. Harga boleh dirunding, yang penting beli!



Tuesday, February 10, 2009

sekadar hiburan..aku nak badan macam mereka..boleh tak?

THE BATTLE OF SO HOT

WONDER GIRLS VS WONDER BOYS

versi WONDER GIRLS



versi WONDER BOYS
(sila tunggu sehingga minit ke 1:16..harap bersabar..tq)




this is the CHAMPION..WONDER BABY..


Wednesday, February 4, 2009

.NEW ITEM FOR SALE.







bila rasa tertekan. apa yang korang akan buat.

aksi 1

aksi 2


comel kan si kecil ni..klu aku tertekan aku suke tgk si comel ni..tenang sket ati..nama dier sarah..anak sedara kepada si jambi darat merangkap kekasih hati aku..bile la agaknye auntie dpt cubit pipi sarah eh?


Monday, February 2, 2009

Volkswagen OFF!!!

VOLKSWAGEN OFF!! Haa korang mesti pernah men benda ni kan..time kecik dulu aku slalu men dgn kwn2..pantang nampak volkswagen je nak tepuk dahi member..Volkswagen OFF!..klu xde volkswagen kitorang bantai je nampak vespa..hahaha..abis merah dahi..elak ade 3 line je..hahaha..sekarang ni teman sepermainan Volkswagen OFF! ni ialah kekasih aku..walaupun dah sikit berumur tapi ttp berjiwa muda..sampai kitorang pernah gaduh men benda ni..tapi seronok..asik nak beromantika je..apela salahnye kite bergurau senda pulak..hurm..kadang2 benda lama pon best jugak kan bile kite ingat kembali..so, awas bile nampak volkswagen ni..nnti korang pon kena jugak VOLKSWAGEN OFF!!!hahaha..