Monday, August 31, 2009

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!



"Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"


p/s:ada bonus tak tahun ni??

Saturday, August 29, 2009

baru seminggu puasa tapi lagu raya dah berkemundang seminngu sebelum puasa..ape kes??


Masuk hari ni dah 8 hari umat islam berpuasa..yang aku heran..baru je seminggu satu hari puasa..semua orang sibuk nak pasang lagu raya..heran bin ajaib betul la..

Semalam aku dengan kekasih hati pergi dating kat pasar borong kat JB ni..mak datok bukan main meriah lagi orang sana pasang lagu raya..mungkin kat sana banyak bazaar kedai-kedai yang jual baju-baju raya..jadi untuk menaikkan mood hari raya tu mereka pasanglah lagu raya..kat jusco pun sama..belum lagi pengumuman esok nak puasa, dah berkemundang lagu "Selamat Hari Raya, hari untuk kita bersuka ria,...." maka selamat lah duit korang semua raya ni..hahaha..

Tapi, pada aku..menjelang 31 Ogos ni, aku rasa sepatutnya mereka semua ni kena pasang lagu berunsur patriotik bersemangat sikit nak menyambut hari kemerdekaan yang ke 52 tahun ni..pasanglah lagu "Tanggal tiga puluh satu bulan lapan lima puluh tujuh....."..betul tak? aku bersyukur tanggal 31 ogos ni jatuh pada bulan ramadhan..jadi bulan ramadhan ni kan bulan yang baik..ramai umat islam beribadah kepada ALLAH, berdoa, mohon pengampunan..kan?Semoga negara kita Malaysia ni akan sentiasa aman dan makmur hendaknya..aminnn..

Jadi, kepada semua pemilik kompleks beli-belah, aku sarankan agar dorang ni semua pasanglah lagu sambutan kemerdekaan..tak lama pon lagi beberapa hari je..lepas 31 ogos korang pasanglah lagu raya semula..sampailah sebulan raya..dekat dua bulan korang leh pasang lagu-lagu raya tau..


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan
yang ke-52
Malaysia!!!




p/s: korang tahu tak tema tahun ni ape?


Friday, August 28, 2009

Thursday, August 27, 2009

Pertama kali interview kerja kerajaan


4 Ramadhan 1430



Sesi temuduga..

kerja ye bukan kahwin..

alhamdulillah semua berjalan dengan lancar..

takde plak yang kena sawan ke, pengsan ke, mulut berbuih ke..

hahaha..

Sekian, terima kasih

Monday, August 24, 2009

Haiwan juga ingin disayangi..

Sudah berabad saya tak hapdet blog ni..sawang pon dah tebal..bulan lapan pon dah nak habis..sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, saya nak kongsi dengan anda semua..

Saya dan kekasih hati sudah pon mempunyai haiwan peliharaan..kami pilih hamster..sangat gebu dan comel skali..kitorang bagi die nama JOJO..tapi hari-hari asik tukar nama je..tapi saya tetap dengan nama JOJO..jojo sangatlah aktif dan nakal seperti tuan die jugak..tak tidor malam dan tidor di waktu siang seperti tuan die jugak..hehehe..

Walau ape pon terjadi kami sangat sayang pada JOJO..mari tatap aksi jojo di rumahnya..

Cekidaut..



Salam Ramadhan
kepada seluruh umat Islam di serata dunia

Wednesday, August 5, 2009

Hujung minggu yang lalu..Selamat Pengantin Baru..


Minggu lepas adalah minggu yang paling memenatkan sekali..bermula hari jumaat malam seperti biasa la aku berniaga bersama kekasih hati..hari jumaat tu aku sangat sedey sebabnye loan tak masuk lagi..dah sebulan lebih tapi duit takde lagi..sampai la hari ini..5 Ogos 2009..mmg malam tu aku takde mood..

Keesokan harinya aku sangat sibuk dengan tesis aku..pergi kutip questionnaire and settlekan semua kerja dengan sepantas kilat pada tahap kelajuan cahaya paling pantas sekali di abad ini sebelum jam 4 ptg sebab spupu kekasih hati nak nikah..malam tu pulak berlaku insiden yang tak sedap mata memandang kat bazaar tempat aku berniaga tu..ade pulak orang bergaduh memekik, memaki..aduhai..sale pada malam tu pon biasa aje..cukuplah buat duit makan minggu ni..

Then,

Hari ahad ialah wedding day..sibuk jugak aku..macam spupu aku plak yang kahwin..mcm tak menang tangan..padahal keje bagi gula2 je..hahahaha..aku juga mengambil kesempatan berkenalan dengan sedara mara kekasih hati tu pon mak dier yang kenalkan..huhuhu..malu i..setelah penat seharian di majlis malam tu kitorang turut berniaga dan hasilnya malam tu aku tak sedap badan dan esoknya i demam ok tapi bukan H1N1 tau..no no no..jadi tak perlulah korang pakai penutup mulut masa jumpe aku ok..

So,

Lihatlah foto-foto di bawah ini untuk tatapan peminat semua..hahaha..


notakakiayam~jangan tanya bila aku nak kahwin..sekian..