Thursday, October 9, 2008

Atas Nama Cinta

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka...

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang cintakan Sayang.

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki yang tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini:

Sayang, jika disebabkan suaramu, aku menyintaimu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab?
Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.

**Terharu apabila aku membaca kisah ini..benar sekali cinta mmg tidak memerlukan sebab..kerana cinta bukanlah benda yang dapat kuasai fikiran..tetapi cinta merupakan kekuatan yang maha kuasa, maha hebat yang tak dapat kita tahan atau musnahkan..walau kau bina tembok setinggi tembok besar negeri china untuk menghalang cinta namun cinta itu akan terus wujud dan menurut jalannya..kadangkala perkara yang tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang..Namun begitu kehadiran cinta itu akan tetap dirasai..apa kau setuju denganku wahai sang kekasih??
:kiss::kiss::kiss:

10 comments:

Si Jambi Darat said...

ingat i ni sang kelembai ke?
hehehe...

yup..i setuju.cinta mmg xperlu bersebab.cinta dtg dari hati yang ikhlas..cinta juga sukar diungkapkan dgn kata2.keikhlasan diri yang paling penting...

.miss daimen. said...

wah kekasihku bermadah..
terharunya saye..
huhuhu.

syg sang kelembai tu ape??

Si Jambi Darat said...

sang kelembai tu mcm jin zaman dulu2..zmn citer p. ramlee ada..hehehe

.miss daimen. said...

ohhhh..

i igtkn binatang..

huhuhu..

Rembo said...

woi
sang kelembai itu cerita rakyat lah!

Si Jambi Darat said...

aku pun x tau la bo..hehehe

.miss daimen. said...

oh ye ke sang kelembai tu ade dalam cite rakyat??

berjiwa rakyat sungguh rambo..

huhuhu..

.miss daimen. said...

apela syg ni..

sang kelembai ade dlm cite rakyat la!!

Si Jambi Darat said...

hehehe..i mana tau..i belasah je!

.miss daimen. said...

ceh..

i pon percaya ye..

huhuhu..