Tuesday, October 14, 2008

Bukan niat untuk MENIRU

Akhirnya, aku telah jumpa watak superhero aku..

Your results:
You are Green Lantern ------> 100%



Hot-headed. You have strong
will power and a good imagination.



Click here to take the "Which Superhero are you?" quiz...



Tapi..

Aku pompuan bukan lelaki..tp ok la kan..dalam keadaan aku yg kalut lagi melalut..aku sibuk nak siapkan keje2 aku yang lg 2minggu nak submit..so, sekurang-kurangnya aku ni GAGAH..KUAT..BERTENAGA..hehehe..aku kena jadi seperti watak superhero aku ni..KAMON MISS DAIMEN!!

GAMBATE!!

Isu pengharaman tudung di IPTA or IPTS

Malaysia sudah membuat kata sepakat untuk mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di IPTA dan IPTS berikutan dengan faktor kesihatan. Ini kerana pelajar-pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati menunjukkan prestasi yang agak kurang cemerlang dalam pelajaran. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar daripada Hospital Selayang yang membuat kajian terperinci mengenai pemakaian tudung. Mereka berkata pemakaian tudung akan menyebabkan pengedaran udara yg kurang dan menyebabkan kepala yg melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif.

Malaysia yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama Islam kini boleh mengharamkan pemakaian tudung di Malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita Islam wajib memakai tudung. Isu ini sengaja tidak digembar gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun reformasi. Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. Pihak kementerian juga sudah mengeluarkan notis pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah.

Pihak kementerian juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus. Antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah :


  1. TUDUNG SAJI
  2. TUDUNG PERIUK

dan bagi jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid-murid sekolah masih lagi dalam pemerhatian


Kwang kwang kwang.. Anda terkena..Mcm aku gak ms mula2 bace..


Friday, October 10, 2008

Minggu yang membebankan Part 2



10 minit
selepas aku post entri baru td..aku dpt email yg sungguh menggembirakan..cekedout..

Kindly be inform that the replacement class of 11 October, Saturday,
have to be pospond to another day because all suitable rooms are fully
occupied.


Thank you.


ALHAMDULILLAH


bintang kecik**sungguh girang hati ini

Minggu yang membebankan




:cry:


..Assignment sangat banyak..


..Esok aku ade presentation lagi..


..Aku jadi MERENG jap..



Thursday, October 9, 2008

Atas Nama Cinta

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka...

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang cintakan Sayang.

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki yang tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini:

Sayang, jika disebabkan suaramu, aku menyintaimu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab?
Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.

**Terharu apabila aku membaca kisah ini..benar sekali cinta mmg tidak memerlukan sebab..kerana cinta bukanlah benda yang dapat kuasai fikiran..tetapi cinta merupakan kekuatan yang maha kuasa, maha hebat yang tak dapat kita tahan atau musnahkan..walau kau bina tembok setinggi tembok besar negeri china untuk menghalang cinta namun cinta itu akan terus wujud dan menurut jalannya..kadangkala perkara yang tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang..Namun begitu kehadiran cinta itu akan tetap dirasai..apa kau setuju denganku wahai sang kekasih??
:kiss::kiss::kiss:

Wednesday, October 8, 2008

KAMI THE MOVIE



Hidup ini memang palat, tapi esok masih ada



Movie yang mesti tonton..wajib tonton..last sunday aku tgk movie ni bersama Si Jambi Darat..aku mmg minat thp extreme cite KAMI ni..len daripada cite melayu len..so korang pon mesti tgk jugak cite KAMI ni..

rating**:pompom::pompom::pompom::pompom::pompom:

Anugerah Aidilfitri

Bile aku baca blog org len sume cite psl kemeriahan hari raya mereka..aku pon nk cite jugaklah psl raya aku..

SEHARI SEBELUM 1 SYAWAL
Pagi2 aku dh bangun nak tolong mak aku kat dapur..almaklumlah aku sorang je anak dara..kalau aku xtolong sape lg nak tolong mak kat dapur..tahun ni mak aku msk ketupat, rendang, serunding, sambal kacang, ayam masak merah, laksa johor..sebelum berbuka kami dh setel masak lauk2 tu semua..

MALAM SEBELUM 1 SYAWAL a.k.a MALAM RAYA
Malam raya ni aku dgn bapak aku akan menghantar lauk ke kg aku iaitu Kg Majidee Baru..huhuhu..oh ye setiap tahun jugak aku ditugaskan utk menggosok baju raya ahli keluargaku..

1 SYAWAL


Aku tiada masalah beraya..setiap tahun rutin hari raya ku sama je..maklumlah aku xde kampung..kampung aku kat Kg Majidee Baru belah bapak aku and Felda Pasir Raja belah mak aku..so aku beraya serentak di kedua-dua kampung sebab aku dh xde atok atau nenek..selepas sesi bersalam dan bermaafan dan juga bergambar kitorang pon bergerak pulang ke Felda Pasir Raja..cuma adik aku yang bawah aku je xikut balik kg..kereta xmuat la..huhuhu..kat kg aku tu yg tinggal mak long dgn pak long aku dan jugak pak uda dgn mak uda aku..asal balik kg je aku kna bahan..bile nak kahwin la??boifren org mana la??..oh tidakkk..tengah hari kami bertolak ke Felda Semenchu, Kota Tinggi..umah mak ngah dgn pak ngah aku..sekali lagi aku kna bahan..soalan yang sama diajukan kepada aku..sebelah petang kami bertolak semula ke JB balik Kg Majidee Baru..


notakakiku**Selamat Hari Jadi kepada kekasih hati ku Endy a.k.a Si Jambi Darat..seronoknya besday serentak dgn Hari Raya Aidilfitri..