Selepas 6 bulan bertunang, aku masih tak buat apa-apa lagi..hanya dan tempah dewan sahaja. Yup, masa semakin berlalu. Macam-macam nak kena buat. Sebelum buat sesuatu aku sediakan checklist. Macam ni hah :
1. Dewan
- Kerusi Meja
- PA sistem
2. Bridal
3. Hantaran
4. Catering
5. Kek
6. Goodies
- Door gift
- Main table
- Telur pindamg jangan lupa - orang johor la katakan :-)
7. Kad Kahwin
8. Senarai Jemputan
9. Photographer
10. Kursus Kahwin
Banyak kan??so aku hanya ada 6 bulan je untuk settlekan semua ni..harap-harap semuanya berjalan dengan lancar..So, next post aku akan ceritakan tentang warna tema, baju dan banyak lagi.
Tuesday, October 4, 2011
Tuesday, September 27, 2011
01.04.11 - the 'E'day
Agak lama juga berdiam diri..kini aku akan mula aktif berkongsi cerita aku tentang impian perkahwinan aku pula..
tapi sebelum tu..kena cerita lah tentang majlis pertunangan aku..
Kami bertunang pada 1 April 2011..bukan APRIL FOOL k..masa aku bagitahu parent yang kami merancang nak bertunang tarikh tu, parent aku ingat kitorang memain..takde maknanya..persiapan pertunangan sangat simple..tapi..memenatkan dan memeningkan..5 dulang daripada pihak lelaki dibalas 7 dulang daripada pihak aku..
5 dulang pihak lelaki
1. Tepak Sirih
2. Kain untuk baju nikah
3. Coklat
4. Duit tunjuk dan cincin
5. Kek
7 dulang pihak perempuan
1. Sirih Junjung
2. Kain untuk baju nikah
3. Coklat
4. Kek
5. Tuala
6. Set pewangi
7. Buah-buahan
Jemputan aku taklah ramai..hanya jemput saudara mara terdekat sahaja..alhamdulillah dengan kehadiran saudara mara dan rakan memeriahkan lagi suasana majlis tersebut..
Alhamdulillah majlis berjalan lancar seperti yang dirancang..sangat penat, pening dan lega..
Saturday, January 1, 2011
goodbye 2010 hello 2011
Selamat tinggal 2010 yang banyak tinggalkan memori suka dan duka..aku ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua..semoga tahun 2011 ini akan lebih meriah dan bermakna lagi..
Azam aku tahun 2010 yang tak dapat aku kecapi akan dimajukan pada tahun 2011..dan aku akan pastikan ia menjadi kenyataan..USAHA!
Mari kita lihat sama ada blog Miss Daimen akan lebih aktif atau tidak..Saksikanlah..
Subscribe to:
Posts (Atom)