Saturday, August 29, 2009

baru seminggu puasa tapi lagu raya dah berkemundang seminngu sebelum puasa..ape kes??


Masuk hari ni dah 8 hari umat islam berpuasa..yang aku heran..baru je seminggu satu hari puasa..semua orang sibuk nak pasang lagu raya..heran bin ajaib betul la..

Semalam aku dengan kekasih hati pergi dating kat pasar borong kat JB ni..mak datok bukan main meriah lagi orang sana pasang lagu raya..mungkin kat sana banyak bazaar kedai-kedai yang jual baju-baju raya..jadi untuk menaikkan mood hari raya tu mereka pasanglah lagu raya..kat jusco pun sama..belum lagi pengumuman esok nak puasa, dah berkemundang lagu "Selamat Hari Raya, hari untuk kita bersuka ria,...." maka selamat lah duit korang semua raya ni..hahaha..

Tapi, pada aku..menjelang 31 Ogos ni, aku rasa sepatutnya mereka semua ni kena pasang lagu berunsur patriotik bersemangat sikit nak menyambut hari kemerdekaan yang ke 52 tahun ni..pasanglah lagu "Tanggal tiga puluh satu bulan lapan lima puluh tujuh....."..betul tak? aku bersyukur tanggal 31 ogos ni jatuh pada bulan ramadhan..jadi bulan ramadhan ni kan bulan yang baik..ramai umat islam beribadah kepada ALLAH, berdoa, mohon pengampunan..kan?Semoga negara kita Malaysia ni akan sentiasa aman dan makmur hendaknya..aminnn..

Jadi, kepada semua pemilik kompleks beli-belah, aku sarankan agar dorang ni semua pasanglah lagu sambutan kemerdekaan..tak lama pon lagi beberapa hari je..lepas 31 ogos korang pasanglah lagu raya semula..sampailah sebulan raya..dekat dua bulan korang leh pasang lagu-lagu raya tau..


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan
yang ke-52
Malaysia!!!




p/s: korang tahu tak tema tahun ni ape?


1 comment:

NADIRA SALIM said...

1 MALAYSIA..
rakyat didahulukan..
pencapaian diutamakan..
:D