Wednesday, July 22, 2009

saya dapat ANUGERAH




Anugerah Blog Baik Punya jatuh kepada

Miss Daimen

*clap*


OMG

saya bersyukur kepada tuhan. terima kasih kepada peminat-peminat yang mengundi saya selama ini. lepas ni saya akan belanja nes O ais sorang segelas. saya harap anda akan sentiasa sokong saya selama-lamanya.

*big clap*




ok cukup sekarang sila jawab tag jangan perasan la intan





Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini.

CIK HANIM

1. Dia kawan terbaik wok saya dari saya 1st year degree sampai master ni. sentiasa membanting tulang bersama-sama saya, dia dan yayan.

2. Dia sangat sukakan kucing. ibu kucing. menurut dia, dia ade enam ekor kucing di rumah. khaty, aj, ac, ad, ab dan jiji. (maaf kalo salah eja). Dia pon ade musang kat umah. kan hanim kan?

3. Dia sangat suka cite KOREA, Big Bang, Wonder Girls, sekarang ni dia obsesikan Super Junior. aku pon terpengaruh juga.sorry, sorry.

4. Pernah jadi teacher english. kami sama-sama cite pasal pengalaman jadi cikgu. seronok.

5. Dia yang mempengaruhi saya bermain Pet Society!!Gile hebat pengaruh ko okay.


CIK SHIBA

1. Dia classmate saya. pernah 1 group.

2. Dia kelakar dalam diam. ko loyar buruk sebenarnye shiba.

3. Dia dah ade iPhone. aku sangat jakun main iPhone ko dalam kelas.

4. Mata dia sepet. aku ingat ko dulu budak sabah bah.

5. Oh ye. dia baru balik dari sabah jumpa kekasih hati di sana. mana ole2 untuk aku. hehehe. best kn sabah?







Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya

1. Saya suka shopping bile ade duit yang banyak. tapi saya bukan shopaholic. agak-agak bile duit ptptn nak masuk ek?

2. Saya suka cempedak goreng. seperti yang dinyatakan dalam entri sebelum ini.

3. Saya suka berniaga. saya ada blogshop yang dikongsi bersama kekasih hati. kami juga berniaga bersama di Bazaar JB bersama seorang lagi teman.

4. Saya takde duit banyak. saya belajar lagi masih menagih simpati ayahanda dan bonda. takpela sem last je ni. kamon bebeh!!

5. Saya nak kurus. tapi tak rajin jogging. tapi saya tak kuat makan. rasa macam nak pergi mayfair ikut ila wat treatment juga. tapi saya tak mampu.

6. Saya suka kumpul kasut. macam-macam jenis kasut saya ada. daripada selipar jepun sehingga wedges. oh ye saya belum ade gladiator. baru-baru ni saya mempunyai sepasang kasut vintage POLO dengan harga RM5. AWESOME!!

7. Saya juga sukakan beg. macam-macam beg saya ada. untung pakcik yang berniaga beg belakang saya. sebab tiap-tiap minggu saya akan beli dengan beliau..kan pakcik kan?

8. Saya anak sulung daripada 4 adik beradik. saya sorang je gadis. anak kesayangan. jangan mimpi la intan!!

9. Saya suka no 8. orang cina cakap ini no kasi ong. harap-harap hidup saya sentiasa bertuah tetapi saya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

10.Saya baru je beli broadband. sebab kolej baru ni takde internet connection. bayar yuran mahal2 tapi kemudahan cam haram je. mata duitan betol la. duit ptptn tak masuk kan lagi. haish!






Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka

Alaa ramai sangat la 10 orang. kalau tak tag boleh tak? saya kan baik hati. baik punya. tak nak la susahkan orang lain.
dengan ini saya ucapkan terima kasih kepada cik shiba dan cik hanim kerana memberi idea kepada saya untuk buat entri baru.
babai.
*wave*

















saya tag Si Jambi Darat

*sila jawab jika mau The Police*

2 comments:

.honeymmohsin. said...

part no 5 tu aku sama ngan kau. cuma aku kuat makan sket..huhu

dan sampai sekarang pun aku selalu konpius mayfair dan mayfirst..

heh..

.miss daimen. said...

hahaha.
aku rasa ade hikmahnye kite dok kolej ni.
klu dok kp dulu asik naik lip je.
skrg kena jalan kaki ke mana saje.
aku kira2 hujung bulan ni kte ilang 3-4kg.
amacam.