Thursday, July 30, 2009

Saranghae!!



Hari ni aku puasa..puasa ganti..hehehe..pagi tadi kelas aku dibatalkan tapi aku tak terus balik..biasalah pelajar contoh 2009 (tolong jangan berangan eh intan!!)..aku setelkan beberapa kerja maklumlah dah buat part-time ni busy sket la..dalam pukul 10am keje aku setel..

Sampai je bilik aku terus tido..hahaha..sebab semalam aku tido lewat dan tak cukup tido kepala aku pon dah pening2 lalat..selamat tido intan..selepas 2jam aku beradu..aku ke bilik jiran..kelihatan mereka sedang khusyuk menonton drama korea..maka, untuk mengisi masa lapang, aku pon join sekaki tapi kena start dari episod 1 la..biasalah student, kebanyakan student pompuan memang suke tengok cite korea..daripada Winter Sonata sampai la Boys Over Flowers..pastu kemaruk lagu korea daripada Wonder Girls yang sangat hot sampai la Big Bang yang sangat kacak..oh TOP..oh ye sekarang ni Super Junior..

Ok sambung..



Start pukul 12.30 tghari sampai pukul 7 petang..aku menonton cerita ni..Spring Waltz..berhenti hanya untuk solat..huhuhu..lepas buka puasa aku sambung balik tonton cerita ni..sangat la best ok..heroin tu sangat comel..Eun Yong ah..aku baru je sampai episod 7..ade lagi 13 episod aku perlu kejar..ok, esok aku nak puasa lagi..sape nak join?? angkat tangan!!


notakaki~Sayang, Saranghae!!

Tuesday, July 28, 2009

Happy Birthday To You!!!!


+++++++++++++++++

YEEHAAAA


entri kali ini khas untuk ahli keluarga tersayang dan teman-teman yang menyambut birthday mereka bulan 7 ni


+++++++++++++++++

dan

calon-calonnya ialah...

+++++++++++++++++


3 Julai 1993

Siapakah ni?Skandal baru ke?oh tidak..jejaka ni ialah adik kesayangan aku yang no 3..nama dier Muhd Shazwan Bin Zulkifli, nama timangan ialah Bob the builder..ok takde kaitan sebab adik aku masih belajar lagi..oh ye thn ni bob menyambut ulang tahun yang ke-16..wah sweet 16 gitu..adik, dok umah tu jgn malas2..cubalah tolong mama dgn baba..ringan2 tulang sikit..kakak dok jauh ni..jaga keluarga kite elok2 tau..huhuhu..Happy Besday Bob!!


+++++++++++++++++


14 Julai 1986

Tadaa..hah inilah rumet baru saya merangkap kawan baik saya..nama dier Azila Bt Aji..aku kenal ila masa tahun 2004..masa tu kitorang sama2 PLKN..tak sangka pulak kat matrikulasi sampailah master ni kitorang masih bersama..harap persahabatan kami akan kekak sepanjang hayat..insyaallah..oh ye untuk menguatkan lagi ikatan persahabatan kami, aku telah pon membuat hubungan sulit dengan sedara mara dier..jejaka yang bertuah tu adalah kekasih hati aku sekarang ni..tapi masa aku kawan dgn kekasih hati tak tahu pon diorang ni sedara..Ila, hepibesdaytuyu yg ke-23..yeay!!!



+++++++++++++++++


22 Julai 1953

Hehehe..Malunya sayep..Inilah bakal mak mertua saya..insyaallah..auntie, Happy Birthday..sorry takde ape pon intan nak bagi..duit loan tak dapat lagi..anyway, auntie sangat baik hati, memang best dpt kenal rapat dengan auntie..saya sayang anak auntie!!!ok ni kalau mak mertua aku baca die reject aku plak..tolong jgn over acting ye intan..


+++++++++++++++++


25 Julai 1987

Hanimmmm!!!!
Happy Birthday beb..ye ini juga kawan baik aku merangkap kawan seperjuangan aku..Farhana Hanim Mohsin..tahun ni baru je 22 tahun tapi dh ade master pon..bijak kan??macam kawan dier jugak..hehehe..aku kenal dier dari aku 1st year kat UTM ni sampai la sekarang ni..ke mana aje dengan dier dan ayan..dah macam belangkas kitorang ni..beb, sorry la hadiah tu je yang mampu aku bagi..duit loan tak dapat lagi..nak postponed mcm tak best je..hehehe..aku harap ko bersabar dengan ape pon dugaan yang ALLAH berikan..nanti dah kaya jgn lupa aku tau..jemput datang masa aku tunang and nikah nanti tau!!!


+++++++++++++++++

and last but not least

+++++++++++++++++


26 Julai 2007

Budak comel ni nama dier Amni Insyirah..sedap kan nama dier..mak mertua aku oops bakal mak mertua aku ni dier jaga budak-budak..salah seorangnya ialah si kenit ni la..dier sangat bijak dan comel jugak dan gedik jugak..amni, Happy Birthday Amni syg, nanti kite jalan-jalan naik kereta dengan abg endy eh..comelnye amni ni!!



+++++++++++++++++

Sekian, Terima Kasih

+++++++++++++++++



Wednesday, July 22, 2009

saya dapat ANUGERAH




Anugerah Blog Baik Punya jatuh kepada

Miss Daimen

*clap*


OMG

saya bersyukur kepada tuhan. terima kasih kepada peminat-peminat yang mengundi saya selama ini. lepas ni saya akan belanja nes O ais sorang segelas. saya harap anda akan sentiasa sokong saya selama-lamanya.

*big clap*




ok cukup sekarang sila jawab tag jangan perasan la intan





Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini.

CIK HANIM

1. Dia kawan terbaik wok saya dari saya 1st year degree sampai master ni. sentiasa membanting tulang bersama-sama saya, dia dan yayan.

2. Dia sangat sukakan kucing. ibu kucing. menurut dia, dia ade enam ekor kucing di rumah. khaty, aj, ac, ad, ab dan jiji. (maaf kalo salah eja). Dia pon ade musang kat umah. kan hanim kan?

3. Dia sangat suka cite KOREA, Big Bang, Wonder Girls, sekarang ni dia obsesikan Super Junior. aku pon terpengaruh juga.sorry, sorry.

4. Pernah jadi teacher english. kami sama-sama cite pasal pengalaman jadi cikgu. seronok.

5. Dia yang mempengaruhi saya bermain Pet Society!!Gile hebat pengaruh ko okay.


CIK SHIBA

1. Dia classmate saya. pernah 1 group.

2. Dia kelakar dalam diam. ko loyar buruk sebenarnye shiba.

3. Dia dah ade iPhone. aku sangat jakun main iPhone ko dalam kelas.

4. Mata dia sepet. aku ingat ko dulu budak sabah bah.

5. Oh ye. dia baru balik dari sabah jumpa kekasih hati di sana. mana ole2 untuk aku. hehehe. best kn sabah?







Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya

1. Saya suka shopping bile ade duit yang banyak. tapi saya bukan shopaholic. agak-agak bile duit ptptn nak masuk ek?

2. Saya suka cempedak goreng. seperti yang dinyatakan dalam entri sebelum ini.

3. Saya suka berniaga. saya ada blogshop yang dikongsi bersama kekasih hati. kami juga berniaga bersama di Bazaar JB bersama seorang lagi teman.

4. Saya takde duit banyak. saya belajar lagi masih menagih simpati ayahanda dan bonda. takpela sem last je ni. kamon bebeh!!

5. Saya nak kurus. tapi tak rajin jogging. tapi saya tak kuat makan. rasa macam nak pergi mayfair ikut ila wat treatment juga. tapi saya tak mampu.

6. Saya suka kumpul kasut. macam-macam jenis kasut saya ada. daripada selipar jepun sehingga wedges. oh ye saya belum ade gladiator. baru-baru ni saya mempunyai sepasang kasut vintage POLO dengan harga RM5. AWESOME!!

7. Saya juga sukakan beg. macam-macam beg saya ada. untung pakcik yang berniaga beg belakang saya. sebab tiap-tiap minggu saya akan beli dengan beliau..kan pakcik kan?

8. Saya anak sulung daripada 4 adik beradik. saya sorang je gadis. anak kesayangan. jangan mimpi la intan!!

9. Saya suka no 8. orang cina cakap ini no kasi ong. harap-harap hidup saya sentiasa bertuah tetapi saya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

10.Saya baru je beli broadband. sebab kolej baru ni takde internet connection. bayar yuran mahal2 tapi kemudahan cam haram je. mata duitan betol la. duit ptptn tak masuk kan lagi. haish!






Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka

Alaa ramai sangat la 10 orang. kalau tak tag boleh tak? saya kan baik hati. baik punya. tak nak la susahkan orang lain.
dengan ini saya ucapkan terima kasih kepada cik shiba dan cik hanim kerana memberi idea kepada saya untuk buat entri baru.
babai.
*wave*

















saya tag Si Jambi Darat

*sila jawab jika mau The Police*

Tuesday, July 21, 2009

Obsesi Terkini: Cempedak Goreng

Sedapnyaaaa..
cempedak goreng kegemaranku..
akan ku dapat walau panas dan hujan..
hahaha..

anim dan ayan korang cam tak ayat ni?

Sunday, July 19, 2009

Curang atau Menjaga Hati


Curang adalah apabila anda melakukan sesuatu perkara yang tidak akan anda lakukan depan pasangan anda.


Kenapa aku tulis entri pasal ni?

Cuaca kat luar mendung macam nak hujan tapi macam tak jadi hujan..ok takde kaitan..dalam menghilangkan kebosanan aku pon baca blog orang yang tak dikenali..terus timbul satu pertanyaan dalam diri..curang ke nak jaga hati sebenarnya..

Ada macam-macam sebab, punca, faktor dan sebagainya seseorang itu berlaku curang..Apa perasaan korang bila korang bercinta macam orang naik angau, konon lautan api sanggup kurenangi, gunung tinggi sanggup ku daki, sanggup berkorban demi cinta sejati kononnya..tapi tiba-tiba esok pasangan korang, 'you, esok i nak kahwin dengan lelaki pilihan parent i'..OMG..curang ke nak jaga hati family? situasi macam ni ada ok..nak kesiankan benda dah nak jadi..tapi nak buat mcm mn terima je la jodoh korang dah takde..

Aku pernah curang ke? pernah..masa zaman muda remaja dulu..tapi aku pon dah belajar dari kesilapan..mungkin dah jumpa pasangan yang serasi bersama..(tolong jangan kembangkan hidung anda ye kekasih hati)..

Kenapa sebenarnya kita berlaku curang dengan pasangan kita?

Pada pendapat aku, ada la beberapa sebab kenapa seseorang itu berlaku curang..mungkin dia tidak rasa bahagia dengan pasangan, jumpa seseorang yang lebih baik daripada pasangan, saje je nak curang, untuk kepuasan diri sendiri nak buat benda yang dia tak pernah buat, cepat kesiankan orang, pasangan membosankan, macam-macam la..

Zaman sekarang ni tak boleh nak cakap kan..orang dah kahwin pon bley curang apa lagi kita yang belum kahwin..so, aku rasa sebelum korang nak berlaku curang or korang dah pun curang sekarang ni baik fikir betul-setul..

Kalau korang buat macam ni kat pasangan, pernah tak korang terfikir pasangan korang tu akan balas balik..mungkin dia tak berniat untuk balas dendam..tapi Tuhan tu Maha Adil kan? Tak kira la secara terang-terangan atau through SMS ke, email ke, YM ke, apa-apa je alat untuk berlaku curang nanti kantoi jugak..sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga..

Kalau hari ni kita sakitkan hati orang, esok lusa kita kena balik..

Thursday, July 16, 2009

Jangan lupa temujanji anda hujung minggu ni bersama saya dalam rancangan.....

Hye KAWAN-KAWAN..

Bertemu lagi dalam rancangan..Jeng jeng jeng jeng (sambil tangan di ketiak)..mesti tak tengok raja lawak kan..hehehe..ok, melalut sudah..

Minggu ni sekali lagi The Good Old Things & KLASIK by The Good Old Things akan join JUNK SALE di That's Cafe..so, seperti biasa kami akan menjual pre-loved items, ade jugak yang baru..kalau nak thu datang lah jenguk..marilah kita together gather kat sana ye..mana la tau ade jumpe barang-barang yang berkenan di hati..jangan risau setiap harga boleh dirunding..confirm korang akan dilayan dengan baik sekali..cewahh..jadi, DATANG jangan tak DATANG..JUMPA DI SANA!!!

Thursday, July 9, 2009

Bukan aku cepat melatah..tapi aku pon ade perasaan..


Semalam aku baca blog yang dulunya dier kawan aku..sudah lama tak dengar kabar berita dari dier..aku jumpa la satu statement mcm ni,

"....dia berkawan dengan minah-minah tudung yang cacat otak. Lantas, dia pun nak bertudung jugak. Dengan lantang dan kudus, dia mengucapkan ALHAMDULILLAH....konon hidayah dan seru dah sampai untuk dia mula menutup aurat. Padahal, ikut-ikut kawan sahaja..

aku tak tahula sape yang tulis..katanya dari orang yg prihatin dengan pemilik blog..mungkin penulis tak puas hati dgn pemilik blog..tapi penulis secara tidak langsung mengutuk aku jugak..sebab "minah-minah tudung yang cacat otak" tu tak ramai mana pon..

aku bukan nak cepat melatah or nak emo..tapi ape salah aku kat kau??aku takde pon rampas hak kau..kalau ye kau marah sangat kat pemilik blog tu tak payah la kutuk orang lain..orang tak bersalah plak tu..kamonlah..

aku pon tak pasti aku kenal atau tak dengan penulis ni..mungkin aku ade buat silap yang aku tak nampak..jadi aku mintak maaf kat kau..

aku tahu blog ni tempat orang bercerita tentang ape saje..kehidupan peribadi, perkara yang ko buat sepanjang hari la, ruang bergossip kak jahh and the gang la dll..tapi aku rasa sebelum kita nak kutuk orang kita tengoklah diri kita dulu..baik or jahat kita berbanding orang lain..

notakaki~aku bukan nak cari pasal..ni blog aku..aku pon berhak nak bersuara kalau benda ni melibatkan aku..aku pon tak tahu betul atau tidak tindakan aku ni..maafkan aku..

Wednesday, July 8, 2009

Sudah berabad aku tak hapdet blog ni..agak bersawang jugak la..nasib baik takde anai-anai, pijat ke..


Oh ye..tajuk entri agak panjang kali ni..bukan ape pon sebab dah lama tak hapdet rasa macam nak buat tajuk panjang-panjang pulak..sorila kepada peminat-peminat yang dah lama tunggu bile agaknye miss daimen ni nak hapdet..(ada ke peminat..ingat ko fasha sandha ke?? ada aku kesah!!! cak..cak..cak)..sorry la aku ni miskin tapi takla daif pon hidup besederhana je..dah dekat sebulan lebih tak hapdet blog..sebabnye aku:
  1. cuti sem 1 bulan lebih
  2. kat umah aku takde internet
  3. nak pegi cc pon takde masa
  4. sibok dengan perniagaan yang semakin maju (insya-allah)
aku harap sebab-sebab tu kukuh la ye..banyak yang berlaku sepanjang aku cuti ni..aku sibok membanting tulang tapi lemak tak jugak hilang..bile aku nak kurus nih?aduyai..misi cuti sem tak jugak tercapai..okay lebey pulak aku ni..sambung cite..so, masa cuti ni aku dah banyak berpikir..muhasabah diri..aku pon dah tak duduk kolej lama lagi..kolej yang baru aku stay ni dahla takde kabel internet..wi-fi kat blok aku plak lembab..dah nak kena menapak kat cafe..aduyai..

semalam aku telah buat keputusan yang sangat la drastik..dengan berbekalkan duit RM300 yang mak aku bagi untuk bayar yuran kolej aku telah beli CELCOM BROADBAND..
mintak maaf mama..takpe untuk kemudahan kite sekeluarga..nasib baiklah mak aku tak marah..hehehe..aku pilih celcom pon sebab aku percaya kat line ni..dahla murah..ade pakej student la apela..dah banyak tempat aku tanya tapi CELCOM broadband ni je la yang sesuai dengan bajet aku..aku bajet RM300 je tapi aku dapat kurang dari tu..modem aku RM199+RM68 (line broadband) total RM267..so murah la kan..kalau nak jimat boleh aje!!!

notakakiayam~intan hari ni bukan intan yang semalam lagi..intan hari ni sudah pakai broadband okay..gile cool weyh!!!