Tuesday, September 27, 2011

01.04.11 - the 'E'day




Agak lama juga berdiam diri..kini aku akan mula aktif berkongsi cerita aku tentang impian perkahwinan aku pula..

tapi sebelum tu..kena cerita lah tentang majlis pertunangan aku..

Kami bertunang pada 1 April 2011..bukan APRIL FOOL k..masa aku bagitahu parent yang kami merancang nak bertunang tarikh tu, parent aku ingat kitorang memain..takde maknanya..persiapan pertunangan sangat simple..tapi..memenatkan dan memeningkan..5 dulang daripada pihak lelaki dibalas 7 dulang daripada pihak aku..

5 dulang pihak lelaki
1. Tepak Sirih
2. Kain untuk baju nikah
3. Coklat
4. Duit tunjuk dan cincin
5. Kek

7 dulang pihak perempuan
1. Sirih Junjung
2. Kain untuk baju nikah
3. Coklat
4. Kek
5. Tuala
6. Set pewangi
7. Buah-buahan

Jemputan aku taklah ramai..hanya jemput saudara mara terdekat sahaja..alhamdulillah dengan kehadiran saudara mara dan rakan memeriahkan lagi suasana majlis tersebut..

Alhamdulillah majlis berjalan lancar seperti yang dirancang..sangat penat, pening dan lega..